Bertarikh 25 Ogos 2018, developer kepada Fortnite, telah mengeluarkan satu post yang diberi nama State of Development-August 2018. Di dalam post ini, terkandung beberapa update yang mereka akan lakukan kepada game Fortnite, tetapi, fokus aku pada kali ini adalah, Competitive Mode yang ditulis di dalam post tersebut. Apa kata korang teruskan bacaan korang.
Seperti biasa, bila kita sebut Competitive, sudah semestinya ia akan melibatkan tentang rank. Sebagai contoh PUBG, CS: GO, Overwatch dan banyak lagi. Itu sudah menjadi satu kepastian dan ianya akan diwujudkan di dalam Fortnite: Battle Royale. Ia diberi nama sebagai The Summer Skirmish. Terang Epic lagi, ianya merupakan satu “Test Bed” yang berharga untuk format Competitive.
Bagi aku, ianya merupakan satu pendekatan yang bagus dari Epic, iaitu memberikan satu penghargaan kepada mereka yang memainkan game Fortnite ni secara serious. Tetapi, aku rasakan yang akan ada banyak lagi eksperimen yang akan dilakukan oleh Epic untuk menetapkan format Competitive untuk Fortnite: Battle Royale sebagai contoh skema pemarkahan, keseronokan dan juga integriti Competitive tersebut, apa pun, rejoice lah pemain Fortnite: Battle Royale!!!!
@gamersantaimy
Discussion about this post