Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mencari Platform Rasmi untuk Tengok Anime Solo Leveling? Boleh Rujuk Senarai Ini!

Maira by Maira
January 5, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Mencari Platform Rasmi untuk Tengok Anime Solo Leveling? Boleh Rujuk Senarai Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Episod pertama siri anime Solo Leveling akan ditayangkan tidak lama lagi. Setelah lama menunggu, Ani-One Asia telah mendedahkan platform streaming rasmi yang bakal menyediakan siri anime tersebut!

Untuk pengetahuan anda, terdapat empat platform rasmi yang anda boleh gunakan untuk tonton Solo Leveling nanti. Platform tersebut adalah:

  • Netflix
  • Bilibili
  • Crunchyroll
  • iQIYI

Jadi tiada masalah untuk anda layan siri anime ini apabila ia ditayangkan pada 6 Januari nanti. Anda juga secara tidak langsung menyokong industri anime!

Tentang Solo Leveling

Diuruskan oleh studio di sebalik francais anime Sword Art Online dan menampilkan beberapa kakitangan terkenal, Solo Leveling adalah salah satu anime besar yang perlu diperhatikan pada bulan Januari. Shunsuke Nakashige sedang mengarahkan anime ini bersama animasi oleh A-1 Pictures, dan Noboru Kimura ialah ketua penulis. Tomoko Sudo sedang menguruskan reka bentuk watak dan Hiroyuki Sawano bertanggungjawab untuk muzik.

Berikut adalah sinopsis Solo Leveling menurut Crunchyroll:

“Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.“

Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.

anime solo leveling
© Solo Leveling Animation Partners

Solo Leveling juga akan mendapat game rasmi pada tahun ini. Ia dijadualkan untuk lancar secara global pada musim bunga (anggaran bulan April – Jun) untuk iOS, Android dan PC!

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Solo Leveling
ShareTweetSend
Previous Post

Silent Hill 2 dan Metal Gear Solid 3 Remake Bakal Lancar pada 2024 — Menurut PlayStation!

Next Post

Prince of Persia: The Lost Crown Boleh Dimainkan Dalam 4K Dengan GTX 1060! Info Penuh Spec PC!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Prince of Persia: The Lost Crown Boleh Dimainkan Dalam 4K Dengan GTX 1060! Info Penuh Spec PC!

Prince of Persia: The Lost Crown Boleh Dimainkan Dalam 4K Dengan GTX 1060! Info Penuh Spec PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd