Remedy mengumumkan remake untuk game Max Payne 1 dan Max Payne 2: The Fall of Max yang akan dibangunkan bagi PlayStation 5, Xbox Series X dan S serta PC. Buat masa ini, mereka tidak mengumumkan sebarang tarikh untuk keluarkan game tersebut.
Remake untuk game era PS2 itu adalah sebahagian daripada perjanjian penerbitan baharu dengan developer Grand Theft Auto iaitu Rockstar Games. Remedy akan membangunkan game ini dengan menggunakan game enjin utamanya iaitu Northlight yang menghasilkan game thriller paranormal terbaik 2019, Control, manakala Rockstar akan membiayai pengeluarannya.
Game Max Payne menggabungkan jenayah tradisional noir dengan penceritaan buku komik untuk menyatukan kisah sedih seorang detektif. Hidup seorang detektif ini semakin tidak terkawal selepas dikaitkan dengan dadah dan penjenayah yang membawa kepada pembunuhan keluarganya.
Mereka berkata yang game remake ini masih dalam fasa konsep dan akan dibangunkan selaras dengan game AAA yang pernah dikeluarkan oleh mereka. Pengeluaran game ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibangunkan menjadi punca kenapa tidak dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.
Berikut serba sedikit tentang Max Payne dan Max Payne 2: The Fall of Max Payne:
Sebelum ini, Max Payne telah dikeluarkan pada 2001 untuk Game Boy Advance, PC, PlayStation 2 dan Xbox. Manakala Max Payne 2: The Fall of Max Payne dikeluarkan untuk PC, PlayStation 2 dan Xbox pada 2003. Kedua- dua game adalah game paling popular pada masa itu.
- Max Payne
- Ejen DEA Renegade dan bekas pegawai NYPD, Max Payne cuba memburu mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan isteri dan anaknya, serta ditubuh kerana pembunuhan rakan NYPD-nya iaitu Alex Balder. Semasa cerita itu berlangsung, dia mendapat beberapa rakan baharu, termasuk Vladimir Lem (seorang “Mob” Rusia yang penyabar) dan Mona Sax (seorang pengawal yang ingin membalas dendam keatas kematian adik kembarnya) dan membongkar konspirasi besar yang melibatkan penyeludupan narkotik yang dipanggil V, atau Valkyr—merujuk kepada mitologi Norse—yang entah bagaimana berkaitan dengan kematian keluarga Max.
- Max Payne 2: The Fall of Max Payne
- Dua tahun selepas game pertama, Max Payne telah menyertai semula NYPD dan telah dibebaskan daripada pertuduhan dalam pembunuhan kerana hubungannya dengan Senator Alfred Woden, ketua kumpulan rahsia yang dipanggil Inner Circle. Semasa penyiasatan pembunuhan, Max mendapati dirinya bersemuka dengan pelarian Mona Sax, yang berat hati unutk menyertai dalam siasatannya. Ketika kedua-duanya bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran, mereka mula mempunyai perasaan antara satu sama lain, dan menemui satu lagi konspirasi besar, yang kali ini melibatkan Vladmir Lem, “Mob” Itali dan Inner Circle.
Nampaknya, kita kena bersabar untuk maklumat lanjut mengenai remake Max Payne dan Max Payne 2: The Fall of Max Payne ini yang akan dikeluarkan bagi konsol generasi baharu. Teruja juga bila mendengar akan ada remake game ini. Untuk mendapatkan liputan lain yang menarik, sila klik pautan ini.
Sumber: Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post