Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Map Havana kini live: senarai starter untuk Overwatch All-Star Game dan Game Mode baru!

The Heart of Cuba! Plus segala info tentang event All-Star!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Map Havana kini live: senarai starter untuk Overwatch All-Star Game dan Game Mode baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Siap sedia untuk jelajah ke pusat Cuba di map terbaru Overwatch, Havana. Mari kenali infrastruktur lama kolonial dan berlawan di bandar berwarna-warni yang berhampiran dengan laut. Kini boleh didapati di PC, Xbox One, dan PS4, Havana ialah map escort terbaru dan berasal daripada sebuah rantau di mana Maximillien, salah satu ahli daripada majlis Talon, beroperasi.

Selain itu, Overwatch League juga mengumumkan pemain permulaan bagi 2019 All-Star Game oleh Intel setelah diundi oleh peminat daripada seluruh dunia!

Atlantic Starters

  • Seong-Hyun “Jjonak” Bang — New York Excelsior, support
  • Yeon-Jun “Ark” Hong — Washington Justice, support
  • Jae-Hyeok “Carpe” Lee — Philadelphia Fusion, DPS
  • Do-Hyeon “Pine” Kim — New York Excelsior, DPS
  • Gael “Poko” Gouzerch — Philadelphia Fusion, tank
  • Cameron “Fusions” Bosworth — Boston Uprising, tank

Pacific Starters

  • Je-Hong “Ryujehong” Ryu — Seoul Dynasty, support
  • Xianyao “Yveltal” Li — Chengdu Hunters, support
  • Hu “JinMu” Yi — Chengdu Hunters, DPS
  • Byung-Sun “Fleta” Kim — Seoul Dynasty, DPS
  • Qiulin “Guxue” Xu — Hangzhou Spark, tank
  • Menghan “Ameng” Ding — Chengdu Hunters, tank

Jurulatih dipilih daripada pasukan dengan rekod terbaik daripada Stage 1. Pasukan Atlantic akan dilatih oleh New Yorks’ Hyeon-Sang “Pavane” Yu, manakala pasukan Pacific dilatih oleh Vancouver Titans’ Ji-Sub “PaJion” Hwang.

Selain daripada senarai pemain permulaan di atas, 12 pemain tambahan daripada setiap division akan dinamakan All-Stars dan layak untuk bertanding di skill games dan main event. Pemain ini dipilih melalui undian oleh pemain lain, jurulatih, tokoh-tokoh penyiaran, dan kakitangan serta bakal diumumkan pada minggu depan.

Selain itu, event yang pemain bakal menyertai iaitu All-Star Arcade custom game mode oleh State Farm diumumkan hari ini dan dipilih melalui undian pemain. Event ini mengandungi:

  • Healers Never Die — 6v6. Supports sahaja. Satu hero limit. Control (Nepal)
  • Sibling Rivalry — 6v6. Tiga Genji and tiga Hanzos per pasukan. Assault (Hanamura)
  • Thanks, but No Tanks – 6v6. Tiada tank. Satu hero limit. Hybrid (Blizzard World)
  • Terrible, Terrible Damage — 6v6. Damage sahaja. Satu hero limit. Hybrid (Hollywood)
  • Keeping the Peace – 6v6. McCree sahaja. Escort (Tiebreaker – Route 66)

Maklumat lanjut tentang format-format game mode boleh dilihat di overwatchleague.com.

Satu lagi berita penting! Overwatch League exclusive 2019 All-Star legendary skin untuk hero support, Mercy dan Lúcio kini sudah keluar! Kedua-dua skin ini boleh ditebus untuk 200 Overwatch League in-game token bermula hari ini. Peminat boleh membeli token in-game ini, atau menonton perlawanan Overwatch League di Twitch. Peminat yang menonton event All-Stars di Twitch juga akan menerima double token drop. Maklumat lanjut tentang token drop boleh dilihat di overwatchleague.com.

All-Star Arcade oleh State Farm, T-Mobile Talent Takedown, dan Widowmaker 1v1 akan berlangsung pada hari Rabu, 15 Mei, bermula 6PM PDT di Twitch, overwatchleague.com, dan ESPN2. Overwatch League 2019 All-Star Game oleh Intel pula akan bersiaran langsung pada 6PM PDT pada 16 Mei di Twitch, overwatchleague.com, and ESPNEWS, dengan ulangan pada 9PM PDT di ESPN2.

Pada kedua-dua hari All-Star ini, Twitch menawarkan free trial untuk Overwatch League Command Center- yang membenarkan penonton untuk memilih POV in-game kegemaran mereka. Korang boleh usya di sini untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang Command Centre dan segala kelebihan All-Access Pass di Twitch.

Minggu terakhir Stage 2 untuk Overwatch League akan berlangsung minggu ini bermula Khamis sehingga Ahad. Jangan lupa menonton untuk tahu pasukan mana akan berlawan di Stage 2 Playoffs, bermula 9 Mei ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: atlantic starterHavananew game modeOverwatch All-Starpacific starter
Previous Post

Battle Pass Terbaru Dota 2 Menambahkan Ciri Seperti “Avoid Player” Dan “Party Finder”

Next Post

EA Akan Bawakan Game Apex Legends Untuk Platform Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
EA Akan Bawakan Game Apex Legends Untuk Platform Mobile!

EA Akan Bawakan Game Apex Legends Untuk Platform Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd