Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manhwa ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ Tamatkan Musim Pertama Selepas Enam Tahun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manhwa ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ Tamatkan Musim Pertama Selepas Enam Tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang enam tahun yang lalu, satu nama telah menjadi sebutan dan sentiasa mendominasi carta dunia manhwa: Omniscient Reader’s Viewpoint (ORV).

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2020, karya yang asalnya sebuah web novel popular ini telah berubah menjadi fenomena global. Malah, ramai yang menganggapnya sebagai satu-satunya pesaing kepada manhwa legenda, Solo Leveling.

Pada 18 Mei 2026, manhwa tersebut telah menamatkan musim pertamanya pada Bab 311.

Omniscient Reader's Viewpoint / 전지적 독자 시점 HAS FINISHED SEASON 1 WITH EPISODE 311. The afterword comic will be released on June 10. Longest season 1 in manhwa history, I think. #manhwa #ORV pic.twitter.com/j7IWHagtME

— Manhwa_updates (@Manhwa_updates) May 19, 2026

Perjalanan Baru Separuh Jalan

Walaupun Bab 311 menandakan satu pengakhiran, bagi para peminat tegar, ini sebenarnya hanyalah permulaan kepada fasa akhir cerita yang lebih mendebarkan. Manhwa yang dilukis oleh Sleepy-C di bawah terbitan Redice Studio (studio sama di sebalik Solo Leveling) akhirnya sampai ke titik separuh jalan berdasarkan plot asal web novelnya.

Kisahnya menceritakan tentang Kim Dokja, seorang pekerja pejabat biasa yang hanya mempunyai satu hobi: membaca web novel misteri bertajuk “Three Ways to Survive the Apocalypse.” Kehidupannya berubah apabila peristiwa dalam novel tersebut tiba-tiba menjadi realiti ngeri.

Kini, Dokja menjadi satu-satunya manusia yang tahu bagaimana dunia itu akan berakhir, dan hanya dia yang memegang kunci untuk mengubah takdir tersebut.

Bagi anda yang ingin mengimbas kembali atau baru mahu bermula, musim pertama yang lengkap sehingga Bab 311 boleh dibaca sepenuhnya di platform Webtoon.

Musim Kedua?

Dengan berakhirnya Musim 1, soalan yang bermain di fikiran setiap peminat adalah: Bilakah Kim Dokja akan kembali?

Setakat hari ini, Redice Studio telah mengesahkan bahawa Musim 2 sedang dalam proses pembangunan. Namun, mereka masih belum mengumumkan tarikh keluaran khusus.

Bagi peminat yang tidak sanggup menunggu lama disebabkan pengakhiran cliffhanger pada Bab 311, ada berita baik. Web novel asal yang diterbitkan antara tahun 2018 hingga 2020 sebenarnya sudah pun lengkap sepenuhnya.

Jika ingin menyambung terus jalan cerita tanpa menunggu musim baharu, anda boleh mula membaca web novel bermula dari Bab 272.

Tags: ManwhaOmniscient Reader’s Viewpoint
ShareTweetSend
Previous Post

Pencipta Splitgate Umum ‘EMPULSE’ – Sebuah Game Shooter Mecha Yang Bakal Tiba Tahun Ini!

Next Post

Level-5 Dikecam Peminat – Amaran Cetak Rompak Dianggap “Tak Sedar Diri” Kerana Game Susah Dibeli Secara Sah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026
Berita

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026

August 21, 2026
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Movie/siri

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

August 21, 2026
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Next Post
Level-5 Dikecam Peminat – Amaran Cetak Rompak Dianggap “Tak Sedar Diri” Kerana Game Susah Dibeli Secara Sah

Level-5 Dikecam Peminat - Amaran Cetak Rompak Dianggap "Tak Sedar Diri" Kerana Game Susah Dibeli Secara Sah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd