Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mangsa culik Jepun guna PS4 untuk melepaskan diri! Pulang rumah dengan selamat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PS4
0 0
0
Mangsa culik Jepun guna PS4 untuk melepaskan diri! Pulang rumah dengan selamat!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan video sebenarnya bagus untuk banyak perkara, dan PS4 bantu menghilangkan bosan kita dan memberi cara untuk berhubung dengan rakan, lagi-lagi semasa wabak COVID-19. Cuma baru-baru ini, PS4 berjaya bantu penggunanya dalam cara yang paling tidak disangka. Seorang mangsa penculikan di Jepun telah menggunakan PS4 penculiknya untuk memberi tahu pihak berkuasa mengenai lokasinya di mana mangsa akhirnya berjaya melarikan diri dan bersatu semula dengan keluarga.

Mangsa adalah seorang gadis muda yang diculik setelah hubungan dalam talian bersama pesalah berubah menjadi sesuatu yang bahaya. Walaupun 72 jam pertama untuk kes orang hilang adalah yang paling penting, mangsa telah hilang selama lebih dari sebulan ketika berita akhirnya sampai kepada pihak berkuasa. Setelah dihubungi, polis Jepun dapat mengesan dan menyelamatkan gadis itu.

Menurut berita Jepun NHK, gadis itu diculik semasa di sekolah dan terperangkap di bilik bawah tanah penculik. Di sini, semua barang berharga dan alat komunikasi dirampas lalu dia diikat pada paip besi. Nasib baik, gadis itu pandai menggunakan PS4 untuk menghantar e-mel kepada polis ketika penculik itu jauh daripada rumah. Masih tidak jelas sama ada dia menggunakan alat kawalan DualShock 4 untuk melakukan aksi atau mengendalikan arahan suara PS4, tetapi ia merupakan satu rancangan yang bagus.

Setelah menggeledah rumah, polis mendapati gadis muda itu diikat pada paip besi dan membebaskannya. Syukurlah, dia tidak mengalami kecederaan fizikal dan dikembalikan kepada keluarga dengan selamat. Penculik itu ditangkap, dan di sini, jenayah lama yang tidak selesa juga dibongkarkan. Pada akhirnya, gadis muda itu harus diberi pujian atas kepintaran dan kemampuannya untuk bertindak dalam keadaan tertekan.

Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana dia berjaya menghantar e-mel di PS4, ia dilakukan melalui laman web sistem di dalam konsol. Walaupun ia tidak banyak digunakan oleh pemain kerana UI-nya yang tidak selesa, ia dapat menghantar e-mel dan itu sudah cukup untuk menyelamatkan nyawa seseorang individu.

Sumber – NHK

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JepunpenculikanPS4
Previous Post

Minecraft menambah sokongan PlayStation VR! Cara baru untuk bermain!

Next Post

Microsoft mendedahkan Xbox Series X pada nilai harga $299 (RM1.2K)!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Microsoft mendedahkan Xbox Series X pada nilai harga $299 (RM1.2K)!

Microsoft mendedahkan Xbox Series X pada nilai harga $299 (RM1.2K)!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd