Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Black Clover Capai ‘Serialization Climax,’ Mungkin Akan Tamat Mei 2026 – Apa Kami Tahu?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2026
in Artikel
0 0
0
Manga Black Clover Capai ‘Serialization Climax,’ Mungkin Akan Tamat Mei 2026 – Apa Kami Tahu?
Share on FacebookShare on Twitter

Genap 11 tahun sejak kemunculan sulung, kisah Asta nampaknya bakal menghampiri garisan penamat dan kini kami sedang bersiap sedia untuk menyaksikan helaian terakhir manga Black Clover karya Yuki Tabata.

/
ジャンプGIGA 2026 SPRING
5月1日(金)発売‼️
\
🎊表紙初解禁❗️
表紙&巻頭カラー#ブラッククローバー

付録(紙版のみ)やプレゼント、対談記事も❗️

🎊付録(紙版のみ)#呪術廻戦≡#キルアオ×#黒子のバスケ

🎊購入者限定通販#呪術廻戦 & #呪術廻戦≡ pic.twitter.com/YTfBP89aKF

— 少年ジャンプ編集部 (@jump_henshubu) April 27, 2026

Siri ini disahkan akan mencapai klimaks atau “Serialization Climax” pada 1 Mei ini melalui edisi Spring 2026 majalah Jump GIGA.

Walaupun sebelum ini pembaca sering diusik dengan beberapa “Super Climax” (terutamanya sewaktu pertarungan melawan Lucius Zogratis) nampaknya keluaran kali ini adalah penamat sebenar dan bukan lagi sekadar gimik.

Segalanya bermula awal tahun ini apabila Asta dan Yuno akhirnya berjaya menumpaskan Lucius dalam satu peperangan yang panjang. Walaupun Clover Kingdom kembali aman, kerajaan itu telah berubah buat selamanya.

Memandangkan ancaman terbesar sudah pun tiada, fokus utama jalan cerita beralih kepada suasana selepas perang serta proses pembangunan semula kerajaan.

Selari dengan format Jump GIGA, edisi 1 Mei akan memuatkan tiga bab baharu secara serentak. Penting untuk tahu bahawa ini bukanlah bab biasa yang hanya setebal 18 muka surat; sebaliknya, ia dijangka hadir dengan jumlah muka surat yang lebih banyak, khusus untuk menjawab segala persoalan yang masih tergantung.

Walaupun Shueisha mempromosikan isu ini sebagai penamat rasmi, tidak mustahil jika ada kejutan seperti bab sampingan atau “one-shot” khas pada masa akan datang. Namun buat masa ini, edisi inilah yang akan melabuhkan tirai cerita utama.

Sekarang satu persoalan tinggal: Siapakah yang bakal ditabalkan sebagai Wizard King?

Arc terakhir yang bertajuk “Ultimate Wizard King Arc” memikul tanggungjawab untuk memberikan jawapan kepada teka-teki tersebut. Memandangkan Julius Novachrono sudah tiada selepas kekalahan Lucius, takhta itu kosong tanpa pengganti.

Persaingan antara Asta dan Yuno; remaja yang lahir tanpa sekelumit pun magik bersaing dengan si genius sentiasa menjadi penggerak naratif ini. Sama ada gelaran itu bakal menjadi milik salah seorang daripada mereka, dikongsi bersama, atau mungkin Tabata mempunyai plot twist di saat akhir, segala-galanya bakal terjawab pada 1 Mei.

Tags: Black Clover
ShareTweetSend
Previous Post

Anda Boleh Pre-Download Neverness to Everness Sekarang, Tetapi Adakah Peranti Cukup ‘Power?’

Next Post

Reviu ASUS TUF Gaming A14 (2026) – Mesin Gaming Yang Boleh Dibawa Ke Mana Saja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Reviu ASUS TUF Gaming A14 (2026) – Mesin Gaming Yang Boleh Dibawa Ke Mana Saja!

Reviu ASUS TUF Gaming A14 (2026) - Mesin Gaming Yang Boleh Dibawa Ke Mana Saja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd