Sepertimana yang korang tahu, Malaysia dah mula bergiat aktif dengan sukan eletronik. Setiap tahun pelbagai pertandingan yang besar diadakan disini. Tapi untuk Malaysia Cyber Games 2018, ini adalah pertandingan terbesar jurung kali diadakan khas untuk Anak Malaysia sahaja.
Malaysia Cyber Games untuk tahun 2018 akan bermula pada 13 & 14 Januari 2018. Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn Putra World Trade Center. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, tahun ni lebih banyak game yang dipertandingkan dan pihak penganjur telah pun mengumumkan hadiah terkumpul untuk MCG 2018 kali ini sebanyak RM300,000. Merecik!
Senarai game yang akan dipertandingkan nanti.
1. Dota 2
2. Fifa 2018
3. Mobile Legend: Bang Bang
4. Counter Strike: Global Offensive
5. Street Fighter V
6. Tekken 7
7. Injustice 2
8. F1 2017
Ada satu lagi game yang akan diumumkan tak lama lagi, menjadikan jumlah semua 9 games yang akan dipertandingkan! So, bagi korang yang ingin melangkah ke peringkat yang lebih professional, boleh la daftar sekarang, slot adalah terhad ye, jadi cepat-cepatlah gi daftarkan diri masing-masing.
Untuk pendaftaran boleh CLICK disini.
@gamersantaimy
Discussion about this post