Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MAGGI HOT CUP menjadi Penaja Rasmi Liga Profesional League of Legends: Wild Rift Malaysia

 Untuk Tahun 2021 Pada Musim Panas dan Musim Luruh

Nyny.A by Nyny.A
May 6, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Mobile Game, Online Game, Tempatan
0 0
0
MAGGI HOT CUP menjadi Penaja Rasmi Liga Profesional League of Legends: Wild Rift Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

MAGGI HOT CUP sangat teruja untuk mengumumkan penajaan ESL Mobile Open dengan mempersembahkan League of Legends: Wild Rift SEA ICON Series Malaysia Musim Panas dan Musim Luruh 2021. SEA ICON Series merupakan kejohanan Wild Rift pertama yang diterbitkan oleh Riot Games Southeast Asia dalam rantau ini dan liga kebangsaan Malaysia pula dikendalikan oleh ESL Malaysia.

ESL bersama MAGGI ingin mewujudkan peluang yang lebih banyak untuk semua pemain Wild Rift di Malaysia untuk memulakan perjalanan mereka dalam arena e-sukan Wild Rift dan menjadi pemain terkemuka di rantau ini. Para pemenang SEA ICON Series akan dinobatkan sebagai pasukan terhebat di Malaysia dan terus melayakkan diri untuk menyertai Super Cups di mana mereka akan bertemu pasukan-pasukan terbaik di Asia Tenggara.

“MAGGI®️ HOT CUP®️ terkenal dalam kalangan para pemuda di Malaysia, terutamanya komuniti gaming. Ini menjadikan MAGGI®️ HOT CUP®️ makanan ringan yang sesuai untuk waktu makan lewat malam, pengisi perut antara waktu makan, dan sesi gaming. Peminat permainan video boleh menikmati MAGGI Hot Cup yang panas, lazat, dan memuaskan pada bila-bila masa dan ia hanya mengambil masa 3 minit untuk disediakan.”

Geetha K. Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan di MAGGI® Malaysia.

League of Legends: Wild Rift ialah permainan mudah alih baru daripada Riot Games. Ia direka berdasarkan permainan asal League of Legends, salah satu permainan PC yang paling popular dan kini merupakan permainan e-sukan yang mengumpul tontonan tertinggi. Wild Rift telah dilancarkan di Asia Tenggara, Amerika Utara, dan Eropah. Permainan ini juga akan dilancarkan di beberapa rantau lagi pada masa depan. Setakat ini, Wild Rift telah mencapai lebih daripada 32 juta muat turun sejak ia dilancarkan pada Oktober 2020.

MAGGI® juga berbesar hati mengumumkan MAGGI® HOT CUP® Tournament akan kembali pada tahun ini untuk musim ketiga. Pertandingan komuniti ini disambut positif oleh komuniti e-sukan Malaysia pada tahun lepas dan pada tahun ini pula, permainan yang ditonjolkan ialah League of Legends: Wild Rift yang semakin popular di negara ini.

Para pemain yang berminat boleh mendaftarkan diri secara percuma untuk menyertai pusingan kelayakan pertandingan komuniti ini yang akan diadakan pada tarikh-tarikh berikut:

  • MAGGI® HOT CUP® #1 Qualifier – 21 Mei hingga 22 Mei, 2021
  • MAGGI® HOT CUP® #2 Qualifier – 28 Mei hingga 29 Mei, 2021

Pemenang setiap pusingan kelayakan akan menerima hadiah wang tunai RM500 dan peluang untuk bermain di Influencer Showdown di mana pempengaruh gaming terkenal Fattahzie dan Biu Biu akan turut bertanding. Influencer Showdown akan berlangsung semasa Playoffs ESL Mobile Open mempersembahkan Wild Rift SEA ICON Series Malaysia Musim Panas pada 5 dan 6 Jun 2021. Pasukan terbaik di Malaysia akan dinobatkan di kejohanan ini.

MAGGI® HOT CUP® akan berganding bahu bersama ESL Malaysia untuk mengadakan Caster Search untuk menonjolkan bakat-bakat baharu dalam komuniti Wild Rift. Para peminat Wild Rift yang ingin membuktikan kebolehan sebagai pengulas permainan digalakkan untuk mengambil peluang ini dan menyertai Caster Search yang akan bermula pada 8 Mei 2021. Mereka yang terpilih akan mengulas siaran langsung MAGGI® HOT CUP® Community Tournament yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2021.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut layari Facebook Maggi Malaysia dan ikuti ESL Malaysia di Facebook dan Instagram. Siaran langsung akan diadakan di laman Facebook, Twitch, dan YouTube ESL Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ESL Mobile OpenLegends: Wild Rift SEA ICON Series MalaysiaMAGGIMAGGI® HOT CUP® Tournament
Previous Post

Peminat Monster Hunter Rise hasilkan Charge Blade DIY guna kadbod

Next Post

Resident Evil Village akhirnya dilancarkan! Bersedia untuk hadapi Lady Dimitrescu yang menyeramkan!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Resident Evil Village akhirnya dilancarkan! Bersedia untuk hadapi Lady Dimitrescu yang menyeramkan!

Resident Evil Village akhirnya dilancarkan! Bersedia untuk hadapi Lady Dimitrescu yang menyeramkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd