Di UK, Gambling Commission ada cakap yang loot box dari video game adalah antara punca kepada peningkatan budak-budak yang mempunyai masalah dalam perjudian. Dalam masa 2 tahun lepas, jumlah budak-budak yang diklasifikasikan sebagai ada “gambling problems” meningkat 4 kali ganda; which is 50,000 orang.
Mekanisma loot box semakin hari semakin kontroversi dalam video game. Macam Star Wars Battlefront II ada offer boleh receive random item dengan membelinya guna duit betul. PUBG pun ada buat. Dan odds untuk dapat rare item plak tinggi. Mana tak ketagih bang…
Daripada statistik Gambling Commission, 39% budak umur 11-16 ada spend duit untuk gambling pada tahun 2017, 14% ada spend duit untuk gambling minggu lepas. Lagi tinggi rate daripada yang tonggang, isap rokok dan isap dadah. Demm.
Laporan ni cadangkan ada hubungan antara loot box dan gambling. 31% young adult kata diorang ada guna duit untuk beli loot box. 3% plak mengaku participate dalam skin gambling seperti dalam CS:GO. 13% plak mengaku main game gambling.
Dan semestinya bukan loot box saja yang dikaitkan, online gambling pun kena. Ye la sebab senang sangat nak berjudi skang ni. Iklan-iklan judi masa game Premier League pun kena. Setakat ni apa yang boleh buat untuk kawal masalah ni masih lagi tak clear. Tapi dengan game macam FIFA yang famous dikalangan orang muda kat UK, mungkin ianya boleh diketengahkan bahawa adakah mekanisma loot box ni patut ke masuk ke dalam game yang dimainkan oleh golongan bawah 18 tahun ni.
Nasib aku tak main judi. Paling tinggi pun main Fantasy Premier League.
@gamersantaimy
Discussion about this post