Setelah mendapat sambutan hebat tahun lalu, game LIVE A LIVE yang telah dilepaskan pada tahun di Nintendo Switch akhirnya tiba ke konsol PlayStation 5, PlayStation 4 dan juga Steam! Sempena dengan itu, mesej video daripada produser Takashi Tokita dan komposer Yoko Shimura telah didedahkan. Anda boleh menonton video tersebut di bawah.
Tentang LIVE A LIVE
Kalau anda ingin tahu, game ini telah dilepaskan di platform SNES pada 1994. Kini ia kembali ke platform moden dengan grafik HD-2D dan juga 3DCG. Terdapat tujuh cerita yang memaparkan tujuh jangka masa, protagonis, dan variasi gameplay. Anda boleh pilih mana-mana sahaja untuk dimainkan tanpa perlu fikir mengenai urutan cerita.

Ia turut memaparkan reka bentuk watak daripada pelukis manga terkenal seperti Gosho Aoyama, Osamu Ishiwata, Yoshinori Kobayashi, Kazuhiko Shimamoto, Yumi Tamura, Yoshihide Fujiwara dan Ryouji Minagawa. Sebagai tambahan, ia turut memaparkan art baru oleh Octopath Traveler SQEX Art Team yang diketuai oleh Naoki Ikushima. Manakala muziknya pula diawasi oleh komposer asal, Yoko Shimomura. Direktor asal game, Takashi Tokita, turut kembali sebagai produser yang memantau pembangunan game.

Dengan detik menarik dan gameplay yang diperhalusi untuk penonton moden, game ini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pemain lama tetapi juga pemain baru.
Dengan momen yang berkesan dipelihara dan permainan yang diperhalusi untuk penonton moden, imaginasi semula ini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja untuk peminat yang asli, tetapi juga pemain kali pertama.

Kami ada keluarkan review untuk game ini sebagai panduan kepada anda semua. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post