Berpuluh tahun jugalah peminat menunggu, akhirnya permintaan mereka dimakbulkan dengan pelepasan global untuk game Live A Live. Game Famicon yang dilancarkan pada 1994 itu tidak pernah dilancarkan secara rasmi untuk pemain luar negara, dan ramai juga yang bermain dengan terjemahan daripada peminat. Live A Live boleh dikira sebagai salah satu game RPG legenda dalam komuniti JRPG. Kalau nak tahu lebih lanjut, jom baca review kami mengenainya!
Pelbagai cerita unik daripada 7 dunia
Sejujurnya inilah elemen paling kukuh dalam Live A Live. Setiap bab yang tersedia mempunyai penceritaan unik masing-masing dan membawa pemain merasainya. Ia juga berlaku dalam garis masa yang pelbagai dengan penyampaian cerita yang berbeza.

Contohnya bab Near Future (Flow) yang menceritakan kisah latar watak utama melalui flashback dan monolog. Bab Prehistoric (Contact) di mana percakapan manusia masih belum wujud, watak “bercakap” dengan dengusan sahaja serta ikon yang menunjukkan ekspresi watak. Jadi lebih mudah untuk pemain memahami cerita untuk bab tersebut. Dalam bab Present Day (The Strongest) kita berjumpa dengan watak utama yang ingin menjadi pejuang hebat yang disampaikan dengan gaya game fighting arked.
Ada tujuh bab yang ada dalam Live A Live dan anda boleh laluinya ikut suka hati anda. Tidak perlu pun bermain mengikut susunan. Lagi satu, kalau anda berjaya habiskan kesemua tujuh bab itu, akan ada tambahan dua bab khas. Jadi ambil masa anda untuk rasai penceritaan unik yang ada.

Visual 2D-HD yang memukau
Kalau anda ada bermain Octopath Traveller atau Triangle Strategy, anda mesti sudah tahu betapa cantiknya grafik 2D-nya. Itu jugalah grafik yang digunakan dalam Live A Live. Setiap sprite watak memang sesuai dengan model 3D yang ada pada latar belakang. Dengan tujuh penceritaan berbeza, sudah tentu reka bentuknya berbeza antara satu sama lain.

Perincian pada reka bentuk watak juga hebat kerana ianya telah dihasilkan oleh pelukis manga hebat yang berbeza untuk setiap cerita. Antaranya Gosho Aoyama yang terkenal dengan Detective Conan dan Kazuhiko Shimamoto yang terkenal dengan karya Kamen Rider dan Skull Man.

Gameplay
Bercerita tentang gameplay, semua tujuh bab ini mempunyai gameplay unik masing-masing tetapi ianya masih lagi mempunyai sistem combat turn-based pada grid 7×7. Combat yang dimaksudkan sudah tentu melibatkan musuh rawak serta character gauge yang berkait pada watak.
Apabila gauge itu enuh, kita boleh lakukan aksi pada peta, tidak kiralah untuk menyerang atau bergerak. Jadi, rancang strategi anda dahulu sebelum melakukan sesuatu. Kerana musuh juga mempunyai gauge tersendiri.

Gaya bermain untuk setiap watak juga berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh watak Oboromaru daripada bab Twilight of Edo Japan, dia mempunyai serangan elemental yang berbeza serta perangkap yang sesuai dengan wataknya sebagai seorang shinobi. Berbeza pula dengan Sundown Kid daripada bab Wild West yang fokus pada serangan jarak jauh kerana dia menggunakan pistol.
Combat-nya juga boleh menjadi sedikit rumit pada mulanya, tetapi anda akan biasa dengannya. Paling penting, anda perlu fokus sepenuhnya pada posisi watak serta musuh semasa bertarung. Kadang-kadang ada juga combat yang bergantung pada jalan cerita di mana anda boleh mendapatkan kemahiran baru.

Tetapi ada juga kebolehan watak yang digunakan bukan untuk combat. Contohnya Akira daripada bab Near Future Chapter yang boleh membaca minda orang. Jadi di mempunyai akses pada pengangkutan kerana kuasa psikiknya. Anda juga akan berjumpa dengan Pogo yang mempunya kebolehan menghidu yang hebat. Dengan kebolehan itu dia boleh mencari mangsa dan mencari item tersembunyi di Overworld.
Disebabkan ini game lama, jadi ia agak penat juga untuk dimainkan berbanding game RPG moden. Minimap yang diberikan juga terlampau ringkas. Banyak kali juga tersesat apabila bermain dalam peta yang besar. Sabar sahajalah.

Lakonan suara
Semua watak dalam game ada suara masing-masing termasuklah NPC. Disebabkan ini versi global, sudah tentu alih bahasanya dalam bahasa inggeris. Tetapi jangan risau kerana alih suara bahasa Jepun juga ada. Jadi pilih sahaja yang mana satu anda seronok dengar.
Kesimpulan
Senang cerita, kalau anda pemain lama atau baru, saya yakin anda akan seronok bermain game RPG ini. Dengan penceritaan unik pada setiap bab serta watak-watak yang pelbagai, anda akan lalui pelbagai kisah dan suka duka dunia tersebut. Ditambah pula dengan soundtrack hebat oleh Yoko Shimomura, anda boleh tahu perbezaan zaman antara bab. Walaupun ada beberapa ciri yang agak ketinggalan zaman seperti minimap-nya tetapi itu tidak menjejaskan keseronokkan bermain.

Live A Live juga antara game JRPG yang boelh dikatakan agak pendek untuk dihabiskan. Jadi, memang berbaloi jugalah untuk anda yang tidak suka main game yang panjang. Boleh lawati laman web rasmi Nintendo atau kedai game berhampiran untuk membelinya. Apapun, kalau anda peminat JRPG, Live A Live remake ini memang berbaloi untuk dimainkan. Untuk membaca review kami yang lain, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
The Review
Live A Live
PROS
- Visual 2D-HD yang menawan
- Soundtrack hebat
- Penceritaan unik daripada watak-watak
CONS
- Ciri gameplay yang lama
- Lakonan suara yang kadang-kadang kaku
Discussion about this post