Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

Maira by Maira
May 20, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3
Share on FacebookShare on Twitter

Kali ini, kami kembali sekali lagi dengan beberapa lagi tajuk anime yang ditamatkan sebelum mencapai penamatnya yang sebenar. Sering kali, anime ini berakhir secara cliffhanger tetapi jika keadaan terlalu teruk, ia juga boleh dibatalkan pada separuh jalan tanpa pengumuman yang jelas. Tanpa membuang masa, jom kita sambung PART 3 untuk “lima anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar!”

Anda boleh membaca PART 1 dan PART 2 di sini.

D. Gray-Man

Siri ini merupakan adaptasi daripada manga yang dihasilkan oleh Hoshino Katsura. Pada awalnya D. Gray-Man membawa anda melihat sekumpulan exorcist yang dipanggil Black Order, yang menggunakan senjata mistik yang dikuasakan dengan “Innocence” untuk melindungi dunia melawan Noah Clan. Siri ini berlangsung selama 100 episod dan berakhir pada tahun 2016 dengan sekuelnya D. Gray Man Hallow.

Anime berhenti selepas Lenalee dan Allen mengalahkan Akuma Level 4, dengan Lenalee menemui Senjata Anti-Akuma Jenis Kristal yang baharu. Kemudian terdapat beberapa gambar watak utama yang terselamat daripada serangan itu dan Clan Noah dengan penampilan berbeza. Siri ini tamat dengan Allen dan Millennium Earl bersedia untuk menghadapi lawan seterusnya. Anime ini terus dibatalkan selepas mendapat rating yang rendah dan hampir mengejar kandungan manga.

Elfen Lied

Dengan hanya 13 episod sahaja, Elfen Lied menceritakan tentang Lucy yang merupakan seorang manusia luar biasa telah dijumpai oleh dua pelajar kolej, Kouta dan Yuka. Apa yang mereka tidak tahu ialah Lucy telah tercedera yang menyebabkannya mempunyai personaliti berbeza. Kini, mereka telah terjebak sekali dengan rahsia serta konspirasi daripada kerajaan.

Siri anime Elfen Lied telah ditamatkan kerana mempunyai beberapa isu pada pemasaran dan penyiaran. Dengan kandungannya yang agak matang, agak sukar untuk menarik penonton yang lebih muda untuk menontonnya. Disebabkan itulah siri ini tamat dengan tiba-tiba. Penonton hanya mendengar bunyi tembakan semasa Lucy bertarung dengan pasukan keselamatan. Selepas itu, anime itu langkau masa menunjukkan keadaan di Maple House yang aman sehinggalah seseorang tiba di sana. Wanta menyalak, kotak muzik berbunyi dan jam mula bergerak semula. Apa yang kita lihat selepas itu hanyalah bayang-bayang.

Nura: Rise of the Yokai Clan

Kalau anda ingin tahu, manga siri ini tidaklah begitu popular dan terpaksa ditamatkan pada bab 210. Siri anime juga hanya mampu diadaptasi sehingga arc kyoto, di mana pertarungan menentang Yokai Kyoto selepas Rikuo menamatkan latihannya di Tono Village. Mereka perlu menghalang Nue, ciptaan terbaru Hagoromo Gitsune malah Rikuo juga mahu membalas dendam terhadap apa yang dilakukan pada ayahnya.

Reborn!

Siri hebat daripada mangaka Amano Akira, membawa anda menonton kehidupan Tsunayoshi yang biasa-biasa sahaja. Tetapi selepas seorang tutor hitman, Reborn datang untuk melatihnya untuk menjadi pengganti kepada keluarga Vongola, sebuah keluarga mafia yang terkenal. Anime ini telah tamat pada arc Future, di mana Tsuna dan rakan-rakannya telah pulang selepas dihantar ke masa hadapan. Selepas apa yang berlaku semasa Future arc, Tsuna perlu banyakkan lagi latihan sebelum menjadi bos kepada Vongola. Selepas itu, penonton hanya melihat langit sahaja semasa kredit.

Karya Rumiko Takahashi

Hampir semua siri anime adaptasi karya Rumiko Takahashi tidak mendapat konklusinya. Ini mungkin disebabkan oleh manga yang berlangsung terlalu lama atau panjang. Jadi, kebanyakkan siri ini terpaksa ditamatkan sebelum penamat sebenar. Antara siri yang tidak mendapat konklusi sebenar ialah Rin-ne dan Ranma 1⁄2 . Nasib baik Inuyasha mendapat adaptasi The Final Act, yang membawa arc terakhir manga. Urusei Yatsura pula akan mendapat reboot yang baru pada tahun ini. Harap-harap dapatlah kita melihat pengakhiran daripada manga.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: D. Gray-ManElfen LiedNura: Rise of the Yokai ClanRanma 1/2Reborn!Rin-Ne
Previous Post

One Piece Odyssey: Info terbaru mengenai gameplay dan watak

Next Post

Diablo Immortal akan dilancarkan pada 22 Jun di Malaysia untuk iOS, Android dan PC

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Diablo Immortal akan dilancarkan pada 22 Jun di Malaysia untuk iOS, Android dan PC

Diablo Immortal akan dilancarkan pada 22 Jun di Malaysia untuk iOS, Android dan PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd