Pada awal Januari yang lalu, Mobile Legends Bang Bang (MLBB) telah pun mengumumkan acara kolaborasi dengan siri anime popular iaitu Attack on Titan. Sudah tentu ini membuatkan ramai pemain MLBB teruja dan menantikan acara tersebut. Baru-baru ini, trailer rasmi acara telah pun didedahkan malah kita juga dapat melihat tiga skin baharu yang boleh digunakan oleh pemain nanti! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Acara akan bermula secara rasmi pada 31 Januari 2024 dan akan berlangsung selama 31 hari. Buat mereka yang bermain pada Advanced server, acara ini telah pun bermula pada 29 Disember yang lalu. Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, tiga skin yang tersedia merupakan watak Yin sebagai Eren Yeager, Fanny sebagai Mikasa Ackerman dan Martis Levi Ackerman. Yang menariknya, form kedua Yin iaitu Lieh boleh berubah menjadi Attack Titan dalam game ini! Jadi jangan lupa untuk mencubanya nanti!
Selain daripada skin hero, kolaborasi Mobile Legends Bang Bang x Attack on Titan ini juga membawa beberapa item penting daripada siri anime ke dalam game. Antara item tersebut adalah Omni-directional mobility gear, Compressed gas cylinder dan Single-edged blade. Anda yang sudah lama menyimpang diamond, bolehlah dapatkan kesemua skin dalam game itu nanti. Lebih-lebih legi dengan diskaun yang diberikan sepanjang acara.


Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Mobile Legends Bang Bang daripada kami, boleh klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post