Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolab PUBG x KFC rasmi bermula di Malaysia – Winner Winner Chicken Dinner!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2023
in Artikel, Berita, Konsol, Mobile, PC, Shooter, Tempatan
0 0
0
Kolab PUBG x KFC rasmi bermula di Malaysia – Winner Winner Chicken Dinner!
Share on FacebookShare on Twitter

Gemar makan KFC dan bermain PUBG? Berita baik untuk anda kerana 11 Oktober hingga 6 November 2023, pemain di Malaysia akan berpeluang menikmati kedua-dua game dan hidangan unik serta memperoleh item edisi terhad dalam kolaborasi rasmi PUBG x KFC! Bukan itu sahaja, acara luar talian juga akan diadakan di mana para peminat boleh mengambil bahagian untuk peluang mendapatkan hadiah eksklusif!

Ingin tahu butiran lanjut? Teruskan baca!

Pertama sekali, pelanggan boleh membuat pesanan untuk KFC GamerBox, satu set unik berdasarkan kolaborasi istimewa. Dengan setiap pembelian KFC GamerBox di kaunter kedai atau penghantaran/delivery, pelanggan akan mendapat kad gores untuk menebus ‘item in-game’ eksklusif dalam PUBG Mobile dan PUBG: Battlegrounds.

Set istimewa ini termasuk:

  • 1 Burger Zinger Classic
  • 1 ketul Ayam Goreng (Original/Hot & Spicy)
  • 1 Fries (Medium)
  • 1 set 6 ketul Nugget
  • 1 hidangan Coleslaw (4oz)
  • 1 Minuman Ringan Sejuk (Medium)
Kredit: PUBG Mobile Malaysia

Kedua, terdapat beberapa aktiviti luar talian yang disediakan untuk pelanggan. Aktiviti ini termasuk sesi meet and greet bersama influencer dan cosplayer; dan mini-game menarik seperti Crossword Trivia, Aim To Win, Snap and Win, Fill the Bucket, dan Scream the Code.

Crossword Trivia khas untuk pelanggan yang memesan menu dan jika permainan ini berjaya diselesaikan, pelanggan dapat memenangi ayam goreng a la carte KFC secara percuma! Tawaran ini sah secara eksklusif untuk pesanan “self-collect” yang dibuat melalui laman web rasmi atau aplikasi (Tertakluk kepada ketersediaan dan terma & syarat).

Kredit: PUBG Mobile Malaysia

Akhir sekali dan boleh diakui sebagai tarikan utama kolaborasi ini adalah “Scream the Code” – sebuah pengalaman eksklusif yang ditawarkan di KFC Pavilion pada 13 Oktober, bermula jam 2 hingga 5 petang.

Dalam mini-game ini, peserta ditugaskan untuk mengenal pasti cosplayer dan bertanya soalan, “What’s For Dinner Tonight?” Apabila cosplayer memberi jawapan, peserta mesti mengumumkannya dengan kuat untuk menebus hidangan PUBG Mobile percuma di kaunter.

Selain mini-game, acara di KFC Pavilion, KL turut menjanjikan penampilan istimea oleh influencer terkenal seperti Biu Biu, Draxx, Jumper, Fredo, uHigh, ManParang, Josette, Syarizzler, dan Yepz gaming.

Kredit: KFC

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta, acara khas PUBG x KFC akan diadakan di lokasi berikut:

TarikhMasaLokasi
11 Oktober2 – 5 PMKFC VSQ, PJ
13 Oktober2 – 5 PMKFC Pavilion, KL
14 Oktober2 – 5 PMKFC Bukit Raja, Klang
15 Oktober2 – 5 PMKFC Subang 2
22 Oktober2 – 5 PMKFC Stulang Laut, JB
28 Oktober2 – 5 PMKFC Bertam, Penang

Selain dunia sebenar, restoran KFC akan muncul dalam game, khususnya peta Erangel, Miramar, Nusa dan Livik; dan menyediakan pelbagai hidangan termasuk KFC Chicken Box, KFC French Fries dan KFC Energy Drink yang boleh digunakan untuk memulihkan nyawa atau energy.

Di samping itu, pemain juga berpeluang mendapatkan item bertema KFC termasuk KFC Royale Colonel Set, Chicken Champ Cover & Set, Royale Delight Top & Parachute, Seasoned Squad Graffiti, dan Crispy Crunch Avatar Frame.

Dengan hanya bermain PUBG Battlegrounds atau PUBG Mobile dari 2 Oktober hingga 8 November pemain juga boleh memenangi e-baucar KFC percuma! Jadi jangan bazirkan peluang itu!

Untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi PUBG x KFC di Malaysia, sila layari laman web rasmi mereka di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KFCMalaysiapubg
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Publisher Sale Kini Tersedia di PS Store! Potongan Harga Sehingga 80%!

Next Post

Warcraft Rumble akan datang di iOS & Android pada 3 November! Alami Warcraft di Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Warcraft Rumble akan datang di iOS & Android pada 3 November! Alami Warcraft di Mobile!

Warcraft Rumble akan datang di iOS & Android pada 3 November! Alami Warcraft di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd