Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar Angin: BioShock baru dalam pembangunan menghasilkan suasana open world

Amir Haziq by Amir Haziq
April 13, 2021
in Artikel, Berita, Platform
0 0
0
Khabar Angin: BioShock baru dalam pembangunan menghasilkan suasana open world
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lapan tahun siri BioShock tidak mengeluarkan permainan baru, selepas BioShock Infinite dilancarkan pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, BioShock 4 sedang dalam pengembangan, dan dalam senarai pekerjaan, mereka seperti dalam perancangan membangunkan BioShock baru ini sebagai permainan open world.

 Cloud Chamber telah memberi penerangan mengenai tugas yang sedang dilakukan oleh mereka dalam senarai pekerjaan baru tersebut. Mereka telah menyenaraikan sejumlah jawatan baru di laman webnya, namun, jawatan Senior Writer menjadi perhatian kerana pasukan mereka memerlukan pembuat cerita untuk open world BioShock.

Tambahan pula, jawatan Senior Writer ini perlu bekerjasama dengan pasukan Narrative bagi menghidupkan semula dunia BioShock sekali lagi. Mereka perlu menghasilkan jalan cerita yang memberi impak dan berorientasikan watak dalam open world. Walaupun perancangan boleh berubah semasa pengembangan permainan, mungkin ini adalah petunjuk besar tentang BioShock 4 baru nanti.

Permainan BioShock open world akan menjadi perubahan yang besar buat francais tersebut. Terdapat khabar angin sebelum ini memberi tanda yang BioShock baru menggunakan dialogue tree, dan suasana open world seperti RPG. Tugas tersebut juga bertanggung jawab membuat mission design “primer dan sekunder” yang merujuk akan ada side quest, selain dari cerita utama dalam permainan.

Francais BioShock sering mendapat pujian kerana design permainan mereka yang sangat luar biasa, malah BioShock pertama telah membantu dalam revolusi naratif dalam industri permainan. Suasana open world mungkin mengembalikan versi terbuka Rapture sebagai usaha bagi mengembangkan siri ini.

Selepas lapan tahun tanpa remaster, mungkin ini adalah masa yang tepat untuk BioShock hasilkan permainan baru. Memandangkan E3 2021 hampir dekat, terdapat kemungkinan permainan baru ini akan tersenarai dalam acara tersebut untuk peminat BioShock. Dengan perkembangan permainan video masih terganggu kerana wabak, susah untuk menjadikan BioShock 4hadir di E3 2021.

Buat masa ini, peminat BioShock hanya perlu menunggu hasil permainan BioShock baru yang baru ini. Suasana open world ini pastinya merupakan konsep yang menarik, tetapi tidak pasti sama ada ianya sesuai atau tidak untuk francais ini.

Sumber: GameRant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BioShock 4Cloud Chamber
Previous Post

[Temu ramah eksklusif] Acer bukan setakat membekalkan perkakasan, akan lebih tumpu pada industri eSukan!

Next Post

Anime The Way of the Househusband menjadi viral kerana animasinya berbentuk “slide powerpoint”!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime The Way of the Househusband menjadi viral kerana animasinya berbentuk “slide powerpoint”!

Anime The Way of the Househusband menjadi viral kerana animasinya berbentuk "slide powerpoint"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd