Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kenali Newcastle, Legend Defender terbaru dalam Apex Legends: Saviors !

Maira by Maira
May 5, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kenali Newcastle, Legend Defender terbaru dalam Apex Legends: Saviors !
Share on FacebookShare on Twitter

Newcastle akhirnya tiba di Apex Legends setelah beberapa kali mencuba untuk sertai Legend yang lain. Dia telah mempertahankan bandar kecilnya selama bertahun-tahun dan dia perlu membuktikan dirinya dalam kalangan Legend lain utnuk terus memastikan Harris Valley selamat. Dengan gaya bermain defensif, Newcastle tidak akan meninggalkan Legend lain berseorangan lagi. Jom, kita lihat kebolehan hebat Newcastle ini!

Newcastle Apex Legends
  • Pasif- Retrieve the Wounded:
    • Menggunakan Revive Shield yang dipasang di pergelangan tangannya, Newcastle boleh melindungi dirinya dan rakannya daripada tembakan yang datang, ketika dia menghidupkan semula dan menarik sekutunya ke tempat yang selamat. Revive Shield dikuasakan oleh Knockdown Shield milik Newcastle, jadi mencari item dengan tahap lebih tinggi akan meningkatkan kekuatan kebolehan ini.
Newcastle Apex Legends
  • Taktikal – Mobile Shield:
    • Newcastle mencipta perisai tenaga yang terapung dan boleh mengawal pergerakannya untuk menyesuaikan diri dengan pertempuran kombat yang sentiasa berubah-ubah di medan perang. Majukan barisan, tutup tempat berundur atau putar perisai untuk mengawal sayap secara tiba-tiba. Kepelbagaian Mobile Shield dan unjuran perisai atas/bawah memberi peluang kreatif kepada pertahanan taktikal.
Newcastle Apex Legends
  • Ultimate – Castle Wall:
    • Mengeluarkan perisai hebatnya dari belakang, Newcastle terus beraksi dan menghempas perisai itu ke tanah mengaktifkan pembinaan kubu besar untuk memberikannya dan sekutunya kedudukan pertahanan yang kuat. Musuh di belakangnya ditolak ke belakang dan mereka yang cuba untuk maju melalui dinding bertenaga akan dihukum dan diperlahankan.
    • Walaupun Newcastle boleh melompat jauh dalam satu pusingan dengan Ultimatenya, ia lebih kuat apabila digunakan untuk berkumpul semula. Apabila sekutu menjadi sasaran, Newcastle boleh melonjak lebih tinggi dan lebih jauh daripada biasa membolehkannya mencapai rakannya dengan berani dan mengubah arus pertempuran.

Apa pendapat anda tentang Legend baru ini? Mesti ramai yang tidak sabar untuk cuba bermain sebagai Newcastle dalam Apex Legends. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Apex Legends, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Apex Legends
Developer: Respawn Entertainment
Release Date: 2019-02-04
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Apex Legends adalah permainan Battle Royale bebas yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dikeluarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 Februari 2019 tanpa sebarang pengumuman atau pemasaran sebelumnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsNewcastle
Previous Post

Interview: Warcraft Arclight Rumble – Kisah sebalik tabir bersama Blizzard

Next Post

Life Makeover – Game dress-up AAA pertama, pra-daftar sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Life Makeover – Game dress-up AAA pertama, pra-daftar sekarang!

Life Makeover - Game dress-up AAA pertama, pra-daftar sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd