Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) mengumumkan bahawa PlayStation akan mengadakan kempen “The Year of Play” mulai hari ini untuk meraikan kedatangan Tahun Arnab. Kempen ini terdiri daripada acara “Purchase PlayStation 5 Now for More Reward/Beli PS5 Sekarang untuk Lebih Banyak Ganjaran” dan acara “Good Wish Hunting“.

The Year of Play – Beli PS5 Sekarang untuk Lebih Banyak Ganjaran

Sesiapa yang membeli PS5 atau PS5 Edisi Digital berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik.
Tempoh Kempen: 10 Januari – 28 Februari 2023
Cara-cara menyertai:
- Sepanjang tempoh kempen, peserta perlu membeli PS5 atau PS5 versi Digital dengan label waranti setahun yang dilekatkan pada pakej dari kedai runcit atau dalam talian.
- Kemudian aktifkan konsol dengan sambungan internet dan log masuk ke PlayStation Network (PSN) semasa tempoh kempen.
- Lengkapkan borang penyertaan yang terdapat di laman web kempen dengan akaun PSN. Model PS5 dan nombor siri diperlukan untuk isi. Setiap siri nombor dan ID PSN hanya boleh digunakan sekali sahaja.
- Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan terbaik yang dihantar.
Hadiah:
- Hadiah Utama – 10 pemenang akan mendapat ALL IT eGift Card RM 4,500
- Hadiah Kedua – 40 pemenang akan mendapat PIN Muat Semula eWallet Touch ‘n Go RM 2,250
- Hadiah Ketiga – 100 pemenang akan layak mendapat Kad Hadiah PlayStation Store RM 450
- Senarai pemenang akan diumumkan di laman web kempen mulai 22 Mac 2023.
The Year of Play – Good Wish Hunting

Sertai Good Wish Hunting untuk mencari 5 beg tersorok yang berselerak di PS Store untuk mendapatkan hadiah-hadiah hebat.
Tempoh Kempen: 22 Januari – 5 Februari 2023
Cara-cara menyertai:
- Layari PS Store pada PS4 atau PS5. Log masuk ke akaun PSN atau buat satu untuk mengambil bahagian.
- Pergi “memburu” di PS Store pada PS4 atau PS5. Muat turun sekurang-kurangnya 1 beg Good Wish untuk memenangi Hadiah Penyertaan atau kumpulkan kesemua 5 untuk memenangi lebih banyak hadiah.
Hadiah:
- Hadiah Utama: 10 pemain terbaik dengan jumlah perbelanjaan tertinggi dan berjaya menyelesaikan cabaran dengan memuat turun semua 5 beg Good Wish akan menerima Hadiah Utama – Pek “all-in-one” yang merangkumi:
- Sony BRAVIA TV KD-55X80K
- Controller wireless DualSense(Midnight Black)
- Headset wireless PULSE 3D (Midnight Black)
- DualSense Charging Station
- PS5 Console Cover (Midnight Black)
- Media remote
- Hadiah penyelesaian untuk 100 Pertama: 100 pemain pertama yang berjaya melengkapkan cabaran dengan memuat turun semua 5 beg Good Wish akan menerima Kad Hadiah PS Store bernilai RM 100.
- Hadiah penyelesaian: Semua pemain yang berjaya menyelesaikan cabaran dengan memuat turun semua 5 beg Good Wish akan menerima satu kupon diskaun 10% untuk digunakan di PS Store.
- Hadiah Penyertaan: Mana-mana pemain yang berjaya memuat turun sekurang-kurangnya 1 beg Good Wish akan menerima set penuh Avatar PS4/PS5 Tahun Baru Lunar.
Promosi jualan Tahun Baru Lunar
Dari 18 Januari hingga 5 Februari 2023, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran apabila membeli produk-produk di bawah. Butiran seperti berikut:
PS5 Peripheral
- Pulse 3D Headset – RM 399
- Media Remote – RM 119
- HD Camera – RM 249

Game PS4/PS5 terpilih
- (PS5) UNCHARTED: Legacy of Thieves Collection – RM 129
- (PS5) Ratchet & Clank: Rift Apart – RM 129
- (PS5) The Last of UsTM Part I – RM 209
- (PS4) The Last of UsTM Part II – RM 89
- (PS4) The Last of Us Remastered PlayStation Hits – RM 39
Jangan tunggu lagi! Beli PS5 dan dapatkan pelbagai hadiah hebat! Untuk membaca segala liputan kami tentang PS5 atau PS4, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post