Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kemaskini grafik Nier: Automata akan tersedia di Steam bermula 15 Julai ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 14, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, PC, Platform, Steam
0 0
0
Kemaskini grafik Nier: Automata akan tersedia di Steam bermula 15 Julai ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan kemaskini terbaru untuk Nier: Automata versi PC bermula 15 Julai ini! Patch khusus ini akan tersedia di Steam dan merangkumi kemaskini untuk menstabilkan frame rate Nier: Automata, serta menambahkan tekstur resolusi 4K bagi visual tertentu dengan tweak grafik tambahan.

Patch kemaskini Steam untuk Nier: Automata telah diumumkan pada bulan April yang lalu, iaitu tidak lama selepas game ini tiba ke Game Pass di PC. Permain boleh melihat bahawa versi kemaskini ini ini lebih hebat secara teknikal, berbanding dengan versi yang dikeluarkan sebelumnya melalui kedai digital Valve.

Berikut adalah perubahan yang akan diterima main selepas mendapatkan kemaskini permainan:

  • Tetapan Video Tanpa Sempadan
    Tetapan video tanpa sempadan telah dilaksanakan.
  • Fidelity FX
    Ciri Fidelity FX CAS telah ditambah.
  • HDR
    Sistem terkini akan mengesan sama ada HDR telah diaktifkan dalam tetapan paparan Windows, dan secara automatik akan boot game dalam bod HDR jika ada.
  • Anti-aliasing
    Penyesuaian fungsi anti-aliasing
  • Tekstur UI (4K)
    Kira-kira 270 tekstur UI untuk ikon, latar belakang dan elemen UI dan lain-lain kini menyokong resolusi 4K.
  • Cutscene
    Kadar bit telah diperbaiki dan semua adegan cutscene yang telah dibuat sebelumnya disesuaikan, ianya akan dimainkan dalam 60FPS dan dipaparkan dalam nisbah aspek yang betul tanpa meregangkan gambar.
  • Global illumination
    Ciri Global Illumination yang baru telah dilaksanakan. Ianya boleh ditetapkan kepada tiga level berbeza, iaitu High, Medium dan Low.
  • Ambient occlusion/ bloom
    Sasaran rendering untuk kesan occlusion atau bloom ambient telah diubah menjadi resolusi dinamik berdasarkan resolusi permainan.

Masalah bug yang dibaiki

  • Pemain kini boleh beralih antara mod paparan untuk membuat screenshot, seperti antara mod skrin penuh dan mod tetingkap atau mod tanpa sempadan dengan mod tetingkap, atau menekan kekunci Alt + Enter bersama.
  • Kursor tetikus tidak lagi dipaparkan ketika menggunakan pengawal pad permainan.
  • Frame rate telah distabilkan ke 60FPS di bawah tetapan default
  • Lain-lain kestabilan berkaitan telah dibaiki turut diaplikasikan.

Nier: Automata telah dilancarkan ke platform PC Windows pada bulan Mac 2017, iaitu dua minggu selepas debutnya di PlayStation 4. Sebelum ini, game tersebut telah menerima banyak aduan dari pemain kerana kecewa dengan masalah teknikalnya, tetapi PlatinumGames dan Square Enix tidak mengeluarkan sebarang patch baru untuk menyelesaikannya. Malah, peminat terpaksa membuat alat Fix Automata Resolution, iaitu mod lain yang meningkatkan visual permainan dan memperbaiki masalah bug.

Pemain Nier: Automata boleh mula mendapatkan patch kemaskini ini bermula 15 Julai hari Khamis ini di laman Steam. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nier automataPCsquare enix
Previous Post

Demo Samurai Warriors 5 akan keluar pada 20 Julai 2021!

Next Post

Artis Kayaharuka meninggal dunia, pelukis manga The Misfit of Demon King Academy

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Artis Kayaharuka meninggal dunia, pelukis manga The Misfit of Demon King Academy

Artis Kayaharuka meninggal dunia, pelukis manga The Misfit of Demon King Academy

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd