Pada 24 Mei, Nexon telah mengumumkan kemaskini utama mereka yang padat dengan kandungan yang seronok untuk game mudah alih MMORPG mereka iaitu MapleStory M.
2 kelas pengembara terbaru iaitu Buccaneer dan Marksman menyertai game ini beserta kemaskini tambahan seperti Link Skill dan Secondary Weapons. Kelas Buccaneer Explorer memberikan keupayaan untuk bertempur dengan jarak dekat dengan menggunakan serangan overpowered charge. Kelas Marksman Explorer pula sangat bahaya dengan kebolehan menggunakan crossbow dimana dalam jarak dekat memberikan peluang serangan kritikal yang tinggi dan dari jarak jauh pula memberikan final damage yang tinggi.
2 kelas baru ini menyertai kumpulan sedia ada untuk menewaskan boss terbaru Expedition, iaitu Corrupted Empress Cygnus. Selepas menewaskan boss ini, pemain boleh mendapatkan Dream Stone yang boleh digunakan untuk menempa “Empress Equipment Set”.
https://youtu.be/76bI2vQ6JXg
Antara kandungan lain dalam kemaskini ini adalah Link Skill yang membolehkan watak dalam server yang sama mempelajari special skill. Untuk ciri secondary weapon, pemain kini boleh menggunakan 2 senjata untuk mencuba kombinasi serangan yang baru, tidak seperti sebelum ini.
Mulai sekarang, terdapat juga in-game events. Antaranya adalah:
New Explorers Burning Event: Akan berlansung hingga 19 June, Explorer baru dari level 3 hingga 75 akan diberikan 3 bonus level tambahan setiap kali level up.
New Explorers Growth Support Event: Hingga 19 Jun, Explorer baru yang mencapai level tertentu akan mendapat Growth Support Box istimewa.
New Explorers Celebration On-Time Event: Sehingga 30 Mei, pemain yang log ke dalam permainan akan menerima ganjaran istimewa seperti Pet Package, Character Slot Coupon, uto-Battle Charge Ticket, Epic Mysterious Weapon/Armor Whetstone.
Turnabout Event: Hingga 6 Jun, pemain boleh mendapatkan ganjaran yang sukar didapati dengan membuka kotak Turnabout Events.
BBQ Event: Dari 6 hingga 19 Jun, pemain boleh mendapatkan resipi BBQ daripada pemburuan untuk mencipta sajian hebat selepas menamatkan mini game masakan.
Sumber: mmoculture
@gamersantaimy
Discussion about this post