Ramai antara kita telah dibesarkan dengan siri Doraemon. Karya daripada Fujiko F. Fujio itu sememangnya terkenal di Malaysia tidak kiralah dalam bentuk manga ataupun anime. Kalau anda ingin tahu, selain Doraemon, akan ada satu lagi siri oleh Fujiko F. Fujio yang akan mendapat adaptasi anime pada 2024. Siri tersebut adalah T・P BON ataupun Time Patrol Bon, dan ia akan ditayangkan melalui Netflix pada 2024!
Perkara ini telah pun diumumkan oleh Netflix Anime malah teaser rasmi siri juga telah dikeluarkan! Untuk pengetahuan anda, adaptasi T・P BON dihasilkan untuk memperingati ulang tahun ke-90 kelahiran Fujiko F. Fujio! Studio Bones akan menghasilkan animasinya dan akan dilepaskan dengan dua bahagian.
Pelakon suara untuk dua watak penting telah pun didedahkan, iaitu:
- Akihisa Wakayama sebagai Bom Namihira (Watak utama)
- Atsumi Tanezaki sebagai Ream Stream

Tentang T・P BON
Manga T・P BON telah pun diterbitkan buat pertama kali pada 1978. Ia juga telah menerima adaptasi anime khas pada tahun 1989. Berikut adalah sinopsis ringkas mengenai siri oleh Netflix:
Seorang pelajar sekolah menengah biasa bernama Bon menjadi sebahagian daripada pasukan ejen pengembara masa yang ditugaskan untuk menyelamatkan nyawa orang semasa peristiwa bersejarah yang berlaku merentasi era dan lokasi yang berbeza di seluruh dunia.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post