Berita baik untuk peminat anime Jujutsu Kaisen kerana Jujutsu Kaisen 0: The Movie akan ditayangkan di Netflix pada 21 Disember ini. Setelah beberapa bulan ditamatkan tayangan di pawagam, akhirnya anda boleh stream filem ini di rumah atau di mana sahaja melalui Netflix.
Anda boleh tonton trailer Jujutsu Kaisen 0 di bawah:
Filem ini mengisahkan, Yuta Okkotsu, seorang pelajar sekolah menengah yang gugup dan mengalami masalah peribadi yang serius. Rakan zaman kanak-kanaknya Rika, telah berjanji untuk berkahwin antara satu sama lain. Malangnya, Rika telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta dan menjadi special grade cursed.
Yuta telah dihantui dan dibayangi dengan cursed ini dan mujur nasibnya disedari oleh Satoru Gojo, seorang guru di Jujutsu High. Jujutsu High merupakan sebuah sekolah di mana para Jujutsu Soccerer baru belajar cara-cara untuk melawan cursed. Gojo meyakinkan Yuta untuk mendaftar supaya dapat membebaskan Rika dari special grade cursed.

Akhirnya peminat Jujutsu Kaisen di Malaysia boleh bergembira! Tidak perlu tunggu selama setahun, kini anda boleh tonton di Netflix sahaja. Mungkin ada daripada anda yang sudah tengok filem ini di pawagam, tapi apa salahnya untuk tengok lagi sekali. Jadi, tunggu apa lagi geng anime semua. Bolehlah anda semua ajak kawan-kawan dan keluarga untuk tengok movie ini.
Berikut adalah sinopsis untuk filem Jujutsu Kaisen 0:

“Yuta Okkotsu adalah seorang pelajar sekolah menengah yang menderita dari sejenis masalah besar – iaitu rakan kecilnya, Rika telah bertukar menjadi sumpahan dan tidak akan meninggalkan Yuta. Oleh kerana Rika bukan sumpahan biasa, Yuta diperhatikan oleh Satoru Gojo, seorang guru di Jujutsu High.
Jujutsu High merupakan sebuah sekolah di mana para “exorcist” baru belajar cara-cara untuk melawan sumpahan. Gojo berjaya meyakinkan Yuta untuk mendaftar, tetapi adalah dia dapat belajar tepat pada masanya untuk menghadapi sumpahan yang menghantui dirinya?”
Sekali lagi saya ingatkan bahawa Jujutsu Kaisen 0: The Movie akan ditayangkan pada 21 Disember ini di Netflix. Jujutsu Kaisen musim pertama juga tersedia untuk ditonton di Netflix.
Untuk mendapatkan berita terkini mengenai Jujutsu Kaisen, boleh tekan di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post