Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Meriahkan Bandai Spirits Hobby Exhibition & GBWC Malaysia 2024, Hanya di MyTOWN!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
Jom Meriahkan Bandai Spirits Hobby Exhibition & GBWC Malaysia 2024, Hanya di MyTOWN!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat dan pengumpul barangan Gundam, Bandai Spirits Hobby Exhibition dan Gunpla Builders World Cup (GBWC) Malaysia 2024 akan menjadi acara kemuncak anda pada tahun ini!

Kredit: ©BANDAI SPIRITS CO.,LTD.

Acara ini telahpun bermula dari semalam 4 Oktober, dan akan berlangsung hingga 13 Oktober 2024 di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur, dan menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi peminat Gundam dan model kit. Dengan kemasukan PERCUMA, ini adalah acara yang memang tidak boleh dilepaskan.

Apa yang anda boleh jangkakan?

  • Patung MGEX STRIKE FREEDOM GUNDAM setinggi 1.8 meter akan dipamerkan! Merupakan paparan ikonik salah satu model Gundam paling terkenal dalam sejarah!
  • Pameran sejarah anime Gundam! Pengunjung boleh meneroka sejarah panjang dunia Gundam melalui siri model kit yang dipamerkan.
  • Bengkel GUNPLA dan Model Kit! Peminat boleh menyertai bengkel praktikal di mana mereka dapat membina GUNPLA dan model kit lain dengan bimbingan pakar.
  • Hadiah dan Promosi Istimewa! Bagi meraikan ulang tahun ke-45 Gundam, akan ada promosi khas dan giveaway kepada pengunjung.
Kredit: ©BANDAI SPIRITS CO.,LTD.

Para pengumpul boleh menantikan gerai jualan yang menawarkan pelbagai barangan eksklusif acara dan model kit. Gerai ini adalah syurga bagi penggemar hobi, menawarkan pelbagai model dari yang jarang ditemui hingga aksesori yang sukar didapati. Stok barangan akan diisi semula setiap hari, memastikan setiap pengunjung mempunyai peluang untuk membeli barangan eksklusif ini.

Antara gunpla eksklusif yang hanya dijual di acara ini termasuk:

  • Mobile Suit Gundam Seed 20th Anniversary MS SET [Metallic] – RM367.00
  • MG ZZ Gundam Ver. Ka (Clear Color) – RM267.00
  • Calamity Gundam [Clear Color] – RM226.00
  • Hyaku-Shiki Ver.2.0 [Mechanical Clear] – RM213.00
Kredit: ©BANDAI SPIRITS CO.,LTD.

GBWC 12th Tournament Malaysia

Kredit: ©BANDAI SPIRITS CO.,LTD.

Bagi mereka yang kurang tahu, Gunpla Builders World Cup (GBWC) ialah pertandingan global rasmi yang dianjurkan oleh Bandai Spirit di mana peserta dari pelbagai negara dan rantau di seluruh dunia boleh mempamerkan model Mobile Suit Gundam mereka untuk membuktikan diri sebagai builder terbaik di dunia.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemahiran luar biasa para pembina GUNPLA dari seluruh Malaysia yang akan bersaing untuk merebut gelaran juara dalam acara yang berprestij ini. Peserta akan bertanding dalam qualifier tempatan, di mana pemenang akan mara ke kejohanan dunia.

Hadiah pemenang adalah seperti berikut, di mana semua kejohanan berkongsi hadiah yang sama:

  • Tempat pertama – Trofi emas, HGUC 1/144 RX-78-2 GUNDAM SMOKE BLACK CLEAR Ver. dan Plat Kristal Peringatan, maju ke World Final
  • Tempat ke-2 – Trofi perak, HGUC 1/144 RX-78-2 GUNDAM SMOKE BLACK CLEAR Ver. dan Plat Kristal Peringatan
  • Tempat ke-3 – Trofi gangsa, HGUC 1/144 RX-78-2 GUNDAM SMOKE BLACK CLEAR Ver. dan Plat Kristal Peringatan

Acara ini pastinya akan menjadi pengalaman menarik untuk semua penggemar hobi, sama ada anda seorang pengumpul berpengalaman atau baru sahaja bermula dalam dunia GUNPLA. Tunggu apa lagi? Jom jumpa di MyTOWN Shopping Centre untuk Bandai Spirits Hobby Exhibition!

Untuk perkembangan terkini, sila ikuti Facebook rasmi Bandai Hobby di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai Spirits Hobby ExhibitionGBWC Malaysia 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Menyelam Dalam Diablo IV: Vessel of Hatred – “Membongkar Rahsia Gelap Mephisto”

Next Post

343 Industries Bertukar Ke Halo Studios, Pelbagai Game Halo Dalam Pembangunan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
343 Industries Bertukar Ke Halo Studios, Pelbagai Game Halo Dalam Pembangunan!

343 Industries Bertukar Ke Halo Studios, Pelbagai Game Halo Dalam Pembangunan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd