Joker akan datang ke Mortal Kombat 11 pada 28 Januari 2020, tetapi sebelum itu, NetherRealm Studios dan Warner Bros. Interactive Entertainment telah mendedahkan trailer baru untuk watak itu. Ini memberikan pemain PS4, Xbox One, PC, dan Nintendo Switch satu lagi pendedahan kepada karakter keempat dalam DLC. Anda boleh tonton teaser ini di bawah:
Sempena sambutan Tahun Baru pula, akaun Twitter rasmi memuat naik sebuah lagi teaser khas yang memaparkan sebuah video yang tidak menampilkan apa-apa rakaman untuk Joker, tetapi penonton boleh mendengar gelak dan leteran ikoniknya.
https://twitter.com/MortalKombat/status/1212507022685433856?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1212507022685433856&ref_url=https%3A%2F%2Fcomicbook.com%2Fgaming%2F2020%2F01%2F02%2Fmortal-kombat-11-joker-dlc-trailer%2F
Selain daripada itu, tiada lagi maklumat khusus yang didedahkan, tetapi kemungkinan satu lagi trailer Joker akan muncul tidak lama lagi. Video ini pasti memberi info lanjut tentang gameplay Joker yang belum kita lihat lagi seperti Fatalities, Brutalities, dan lain-lain. Selain itu, seperti dengan karakter DLC terdahulu, kita mungkin akan melihat Character Tower-nya sebelum pelancaran juga.
Sekali lagi saya ingatkan, Joker ditetapkan untuk pelancaran pada 28 Januari 2020. Dia akan menjadi watak DLC keempat dan akan diikuti oleh Spawn pada bulan Mac, yang akan menjadi karakter DLC terakhir di Kombat Pack #1.
@gamersantaimy
Discussion about this post