Hari ini, penerbit Kepler Interactive dan pemaju The Gentlebros telah mengumumkan game terbaharu mereka dalam francais comel dan popular Cat Quest. Diberi nama Cat Quest: Pirates of the Purribean, game aksi RPG aksi open-world ini akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada 2024.
Berikut adalah trailer pertama:
Bermain sebagai lanun kucing hebat di Purribean — kepulauan yang dipenuhi lanun-lanun lain yang mencari khazanah mitos purba bernama “Northern Star”. Bersama teman roh boleh dipercayai, belayar melalui Purribean dengan kapal buatan anda! Tetapi berhati-hati kerana laut sangat berbahaya dengan gerombolan lanun jahat yang sibuk memburu anda di bawah arahan Pirate King… – Sinopsis

Buat kali pertama dalam siri ini, belayar di lautan dan bertarung di kapal anda sendiri! Terokai perairan, pergi ke pantai berhampiran, dan jelajah daratan untuk memburu harta karun di dunia ini! Terdapat banyak rahsia dan misteri yang boleh ditemui, termasuk senjata baharu, sihir dahsyat, kostum menarik dan banyak lagi.
Pemain turut boleh mencipta jalan cerita sendiri dengan penuh bebas! Sebagai contoh, anda boleh meneroka kawasan paling jauh di Purribean pada masa lapang anda, atau jumpa watak-watak unik dan bantu menyelesaikan masalah mereka di sepanjang jalan, tidak kisah dalam apa jua susunan! Misteri Northern Star sangat jauh dan luas, jadi terpulang kepada anda untuk menyiasat, mengumpul petunjuk dan mendedahkan rahsia Purribean.
Paling seronok sekali, game ini boleh dimainkan sama ada secara solo atau local co-op!


Cat Quest: Pirates of the Purribean akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada 2024. Tarikh tepat tidak diberi.
@gamersantaimy
Discussion about this post