Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview Lost Judgment: The Kaito Files – Bersama produser Makoto Suzuki

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Temuramah
0 0
0
Interview Lost Judgment: The Kaito Files – Bersama produser Makoto Suzuki
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 28 Mac lalu, Lost Judgment telah mengeluarkan DLC terbaru bernama The Kaito Files! Berbeza sedikit berbanding base game, kita akan mengawal Masaharu Kaito, kawan baik kepada protagonis original. Untuk memahami sistem gameplay-nya yang berbeza, kami berjaya interview Makoto Suzuki selaku Produser untuk memahami serba sedikit tentang proses pembangunan DLC Lost Judgment: The Kaito Files.

Makoto Suzuki

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi butiran:

Ini adalah kali pertama siri Judgement mengeluarkan DLC bertemakan jalan cerita. Apakah yang membuatkan Ryu Ga Gotoku Studio membuat keputusan untuk membuat DLC seperti ini untuk Lost Judgment?

Suzuki: Kami telah menerima banyak komen daripada peminat dalam media sosial di mana mereka ingin tahu tentang rakan kongsi detektif Yagami. Kami memutuskan untuk mencipta DLC bertemakan cerita untuk menggembirakan pemain, jadi kami merancang projek itu.

Memandangkan Kaito adalah watak utama untuk DLC, adakah ada peluang untuk kita melihat watak utama lain seperti Fumiya atau Makoto memiliki DLC sendiri pada masa hadapan?

Suzuki: Walaupun tiada apa yang boleh dijanjikan sekarang, kami telah menerima banyak mesej daripada pemain yang meluahkan rasa cinta mereka kepada DLC.

Bolehkah anda menghuraikan lebih lanjut tentang konsep gaya pertarungan Kaito?

Suzuki: Kaito sungguh lasak. Kami mengambil kesempatan daripada kelasakan ini dan bayangkan jenis teknik pertarungan yang mungkin digunakan oleh Kaito dalam serangan mengejut di ibu pejabat keluarga Matsugane (salah satu organisasi Yakuza). Kemudian kami mencipta dua gaya pertarungan ini.

Memandangkan Kaito mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan misteri (tidak menggunakan gajet) berbanding Yagami, adakah pasukan berasa tertekan untuk menulis jalan cerita secara berbeza agar lebih sesuai dengan personaliti dan kaedah Kaito?

Suzuki: Kami langsung tidak berasa tertekan. Sebenarnya, kami seronok membayangkan aksi yang mungkin dilakukan Kaito, lelaki dengan Primal Focus, apabila dia mendapati bekas kekasihnya menghadapi masalah.

Adakah terdapat ciri gameplay unik untuk Kaito yang tidak berjaya masuk ke dalam DLC?

Suzuki: Saya fikir ia menarik jika Primal Eyes milik Kaito dapat mengesan haba di sebalik dinding, tetapi saya akhirnya putus asa pada idea itu kerana ia kelihatan seperti keterlaluan, dan menambah abiliti itu akan membuatkan Kaito tidak berupa manusia lagi.

Mesej kepada peminat Asia

Kepada semua peminat Asia, terima kasih banyak-banyak aas kesabaran anda.

Berkat dorongan baik anda, kami dapat mengeluarkan DLC The Kaito Files. Kami berharap anda akan terus menyokong siri Judgement!

Makoto Suzuki

Maka, tamatlah interview pendek kami tentang DLC Lost Judgment: The Kaito Files bersama Makoto Suzuki. Terima kasih sekali lagi kepada Sega Asia kerana memberi kami peluang ini.

Bagi sesiapa yang berminat, DLC Lost Judgment: The Kaito Files sudah pun dilancarkan sejak 28 Mac di PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviewLost Judgment: The Kaito Filesyakuza
Previous Post

UNIQLO berkolaborasi bersama Final Fantasy sempena Ulang Tahun ke-35 bermula 25 April

Next Post

Digimon Survive akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai di seluruh dunia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Digimon Survive akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai di seluruh dunia

Digimon Survive akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai di seluruh dunia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd