Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview Company of Heroes 3 – Melawat medan perang bersama Sacha Narine

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 13, 2022
in Artikel, Berita, PC, Real time strategy, Steam, Temuramah
0 0
0
Interview Company of Heroes 3 – Melawat medan perang bersama Sacha Narine
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dilancarkan pada PC melalui Steam pada 18 November 2022, game RTS Company of Heroes 3 (CoH3) baru sahaja mendedahkan info baru tentang kempen North Africa bersama pendedahan gameplay baru. Sempena itu, kami berjaya dapatkan interview eksklusif bersama Sacha Narine, Lead Campaign Designer dari Relic Entertainment tentang proses pembangunan Company of Heroes 3 dan bagaimana ia berubah daripada dulu hingga kini.

Sacha Narine, Lead Campaign Designer untuk Company of Heroes 3

Berikut adalah isi interview:

Siri CoH telah wujud selama hampir dua dekad, jadi untuk menarik pemain baharu, mereka telah reka CoH3 supaya mempunyai lebih banyak strategi untuk semua jenis pemain.

Kami mahu game ini memberi khidmat kepada para peminat kempen, coop dan strategi kompetitif. Kami berharap game ini mencapai khalayak yang luas dan mengekalkan kesesuaian yang kukuh untuk matchmaking yang cepat.

Untuk pemain baru, saya sendiri pun anggap Company of Heroes adalah game hardcore yang memerlukan banyak pengetahuan dan perancangan. Sacha Narine pun setuju bahawa CoH bukanlah game yang mudah, tetapi menyakinkan kita yang ia tidak menakutkan untuk belajar. Kandungan tutorial dan misi single-player seharusnya membantu untuk mengajar pemain tentang asas-asas permainan strategi ini. Mereka juga berusaha untuk menghasilkan tutorial dan panduan video bagi mengajar pemain strategi dan interaksi yang lebih mendalam.

Kemudian kami bertanya – apakah sebab di sebalik keputusan menggabungkan RTS (real time strategy) dan TBS (turn-based strategy)? Beliau menjawab:

Kami mahu memberikan pemain lebih kuasa dan kawalan daripada apa yang pernah mereka miliki dalam kempen Relic. Kempen Itali termasuk sistem yang membantu pemain menumpukan pada perkara yang paling mereka sukai – turn-based strategy, real-time strategy, atau gabungan kedua-duanya.

Memandangkan kempen kali ini berlaku di Itali dan Afrika Utara, mungkin ramai yang tertanya jika Asia Tenggara akan menjadi fokus seterusnya. Jangan risau kerana sejak Company of Heroes dilancarkan pada tahun 2006, pelbagai lokasi telah ditambah seperti Mediterranean, dan Pasifik.

Kami mahu melakukan semuanya! Ia hanyalah masalah masa. Untuk CoH3, kami mengejar perkara yang paling dikehendaki peminat daripada francais itu, dan kami akan terus melakukannya.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, persekitaran yang boleh dimusnahkan adalah salah satu ciri terbaru di dalam game. Ini merupakan peningkatan visual yang besar-besaran tetapi juga membolehkan skuad berlindung di dalam runtuhan bangunan selepas ia dimusnahkan. Bangunan runtuh tidak lagi memberi damage kepada infantri berdekatan dan mekanik ini telah dialih keluar kerana kebimbangan tentang aspek multiplayer dan RNG.

Di samping itu, Relic Entertainment hanya memfokuskan CoH untuk PC sahaja buat masa ini. Buat pemain konsol, harap jangan kecewa. Jika sambutannya meriah, ada kemungkinan kita dapat melihat game ini di platform lain.

Sebelum menamatkan interview, kami bertanya satu soalan terakhir berkenaan jumlah game RTS yang semakin berkurangan, dan jika CoH3 boleh menghidupkan semula genre ini. Sacha Narine menjawab:

Game strategi sangat popular. Company of Heroes ialah francais yang diminati peminat dan Relic berbangga, jadi kami percaya kami boleh menjangkau khalayak luas dan menyokong game ini selama bertahun-tahun. Relic akan terus membuat game real-time strategy, begitu juga dengan banyak pembangun hebat lain.

Maka, tamatlah interview kami bersama Sacha Narine, Lead Campaign Designer dari Relic Entertainment. Sekali lagi saya ingatkan, Company of Heroes 3 akan dilancarkan pada PC melalui Steam pada 18 November 2022. Untuk baca preview awal kami tentang kempen Afrika, korang boleh baca di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Company of Heroes 3interviewSacha Narine
Previous Post

Preview Company of Heroes 3: Alami semula Perang Dunia 2 dari perspektif Afrika Utara

Next Post

Pelbagai mode, perk, upgrade dan map multiplayer COD Modern Warfare 2 telah dibocorkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Pelbagai mode, perk, upgrade dan map multiplayer COD Modern Warfare 2 telah dibocorkan!

Pelbagai mode, perk, upgrade dan map multiplayer COD Modern Warfare 2 telah dibocorkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd