Pada awal bulan Julai yang lalu, Xbox telah mengumumkan beberapa game yang akan ditambah dalam Xbox Game Pass. Namun, mereka rasa tidak cukup dengan game-game tersebut dan menambah beberapa lagi game sepanjang bulan Julai 2022. Game yang akan ditambah dalam Xbox Game Pass sepanjang bulan Julai 2022 adalah As Dusk Falls, Watch Dogs 2, Inside, MotoGP 22 dan banyak lagi.
Jom kita lihat satu per satu game berserta tarikh dan juga platform yang boleh dimainkan.
As Dusk Falls (PC, Konsol, Cloud) – 19 Julai 2022

As Dusk Falls ialah drama interaktif original dari Interior/Night yang menerokai kehidupan dua keluarga yang terikat sepanjang tiga puluh tahun. Bermula pada tahun 1998 dengan rompakan gagal di bandar kecil Arizona, pilihan yang anda buat mempunyai kesan yang kuat pada kehidupan watak. Alami kehidupan dan perhubungan berbilang watak dalam kisah yang sepanjang beberapa dekad yang diceritakan dalam dua buku.
Menurut Xbox
Watch Dogs 2 (PC, Konsol, Cloud) – 19 Julai 2022

Anda akan bermain sebagai Marcus Holloway, seorang hacker muda yang cemerlang dan tinggal di tempat kelahiran revolusi teknologi, San Francisco Bay Area. Terokai dunia terbuka yang besar dan dinamik dengan menawarkan pelbagai kemungkinan gameplay yang luar biasa. Lancarkan Hack of the Century dan kembalikan kebebasan kepada rakyat.
Menurut Xbox
MotoGP 22 (PC, Konsol, Cloud) – 21 Julai 2022

Rasai perlumbaan MotoGP yang paling mengasyikkan dengan mempunyai lebih daripada 120 pelumba dan lebih 20 litar rasmi. Alami kejohanan rasmi yang menyeronokkan secara maya dalam MotoGP 22.
Menurut Xbox
Inside (PC, Konsol, Cloud) – 29 Julai 2022

Temui game adventure indie yang unik Inside. Sebuah game platformer gelap yang narrative-driven dipacu dengan menggabungkan aksi sengit dengan teka-teki yang mencabar. Ia telah menerima pujian kritikal untuk art style yang moody, soundtrack dan suasana yang meresahkan.
Menurut Xbox

Berikut adalah game yang turut serta dalam penambahan dalam Xbox Game Pass:
- Garden Story (PC, Konsol, Cloud) – Telah tersedia
- Solasta: Crown of the Magister (Konsol, Cloud) Telah tersedia
- Sins of Solar Empire: Rebellion (PC) – 21 Julai 2022
- Torment: Tides of Numenera (Konsol, Cloud) 21 Julai 2022

Saya ingin mengingatkan anda bahawa senarai game ini akan ditambah dalam Xbox Game Pass mengikut tarikh yang ditetapkan. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Xbox Game Pass, anda boleh pergi laman web rasmi Xbox. Semakin rancak ya Xbox dengan penambahan game dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022 termasuk Watch Dogs 2 & Inside.
Apa tunggu lagi, langgan Xbox Game Pass dan main pelbagai game yang telah disediakan oleh Xbox sekarang. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post