Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Inisiatif  ‘Pokémon Game On!’ Tiba Di Malaysia – Lebih Mudah, Mesra & Seronok Buat Semua

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Game, Kejohanan esports, Trading Card Game
0 0
0
Inisiatif  ‘Pokémon Game On!’ Tiba Di Malaysia – Lebih Mudah, Mesra & Seronok Buat Semua
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, The Pokémon Company telah melancarkan inisiatif Pokémon Game On!, di seluruh rantau Asia termasuk Malaysia. Program ini diwujudkan untuk menjadikan pertarungan Pokémon lebih mesra, mudah diakses, serta menyeronokkan buat semua… sama ada anda baru memegang deck buat kali pertama mahupun sedang memburu gelaran juara.

Langkah pertama ke dalam dunia pertarungan mungkin terasa agak menakutkan buat segelintir pemain baharu. Bagi memudahkannya, inisiatif Pokémon Game On! memperkenalkan Pokémon TCG Event Map yang direka untuk komuniti di Malaysia.

Dengan peta ini, pemain boleh mencari dan menapis acara di kedai-kedai tempatan mengikut tahap kemahiran masing-masing; bermula daripada bengkel mesra pemula dan sesi santai kasual, sehinggalah ke kejohanan kompetitif.

Bermula 1 September 2026, kedai-kedai Pokémon Trading Card Game Gym tempatan yang mengambil bahagian akan dihiasi dengan hiasan dan poster “Pokémon Game On!”. Peserta yang mengambil bahagian dalam acara gym yang layak juga berpeluang menerima kad promo eksklusif Pokémon Game On! (sementara stok masih ada). Maklumat lanjut tentang kedai yang terlibat boleh disemak di laman web rasmi Pokémon TCG Trainers Malaysia.

Pokémon Asia Championship Series 2026-27 Bermula

Seiring inisiatif, pembukaan pendaftaran bagi Premier Ball League juga telah bermula untuk Pokémon Asia Championship Series (PACS) 2026-27.

PACS 2026-27 akan bermula secara rasmi pada 1 September 2026 di tujuh buah rantau: Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Hong Kong, dan Taiwan, dan merupakan laluan rasmi buat wakil tempatan untuk merebut tiket ke kejohanan berprestij, Pokémon World Championships.

Musim ini menampilkan empat peringkat kejohanan mengikut skala dan tahap pengalaman:

  • Great Ball League
  • Ultra Ball League
  • Premier Ball League (Pendaftaran kini dibuka)
  • Master Ball League

Para peserta boleh bertanding dalam dua kategori utama:

  • Kategori TCG: Pertarungan kad fizikal Pokémon Trading Card Game.
  • Kategori VGC: Pertarungan permainan video, Pokémon Champions.

Pemain di Malaysia yang ingin mendaftar bagi Premier Ball League atau melihat jadual penuh kejohanan boleh terus melayari laman web rasmi PACS Malaysia.

Tags: MalaysiaPokémon
ShareTweetSend
Previous Post

SQUARE ENIX STORE Plus Luaskan Penghantaran ke Malaysia – Boleh Hantar Merch Rasmi Terus Ke Rumah

Next Post

Kolaborasi NIKKE x Persona Akan Bermula 13 Ogos, Tiga Waifu Persona Ditambah Ke Dalam Game

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Kolaborasi NIKKE x Persona Akan Bermula 13 Ogos, Tiga Waifu Persona Ditambah Ke Dalam Game

Kolaborasi NIKKE x Persona Akan Bermula 13 Ogos, Tiga Waifu Persona Ditambah Ke Dalam Game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd