Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ingin bermain Squid Game? Jom ke Sunway Pyramid untuk acara ekslusif Squid Game!

Maira by Maira
October 13, 2021
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Ingin bermain Squid Game? Jom ke Sunway Pyramid untuk acara ekslusif Squid Game!
Share on FacebookShare on Twitter

Squid Game, rancangan Netflix yang sangat popular kini menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat di seluruh dunia. Peminat bukan sahaja membuat versi Squid Game mereka sendiri malah banyak juga mod permainan yang direka pemain. Permainan seperti GTA 5 dan Roblox juga mempunyai versi Squid Game mereka sendiri. Malaysia juga tidak terlepas dari sambutan tinggi rancangan ini kerana Sunway Pyramid kini mempunyai replika patung besar yang muncul dari rancangan tersebut. Ia merupakan acara ekslusif sempena Halloween yang berlangsung dari 13 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.

Sumber: Facebook John Gullidge

Sudah pasti peminat Squid Game akan terkejut dengan kewujudan patung tersebut di pusat beli belah itu. Replika patung tersebut akan bersama-sama patung yang juga berpakaian seperti penjaga permainan dalam rancangan itu. Jika anda melihat pada patung itu dengan lama, ia seperti bersedia untuk memberikan hukuman pada anda. Boleh tahan seramnya bila dipandang begitu.

Bukan setakat itu, tempat masuk utama Sunway Pyramid juga mempunyai kepingan kadbod yang mempunyai gambar patung gergasi itu. Ianya berdiri seperti ingin menyambut pengunjung yang hadir di tempat itu sambil memerhatikan SOP pengunjung sebelum mereka memasuki pusat beli belah tersebut. Pengunjung juga dapat melihat penanda penjarakan sosial dengan simbol bulat, segi tiga dan petak pada lantai. Simbol-simbol ikonik itu serupa dengan simbol kad jemputan Squid Game.

Sumber: Facebook John Gullidge

Beberapa hari yang lalu, akaun media sosial Sunway Pyramid telah memberikan petunjuk mengenai Squid Game yang akan muncul di tempat itu. Catatan itu berkata kepada pengikut mereka berbunyi “Adakah anda bersedia untuk bermain?” dan meminta mereka menumpukan perhatian untuk kemas kini terbaru mengenainya. Netflix juga ada mengongsikan satu video yang mempromosikan Squid Game di Sunway Pyramid. Anda boleh lihat video tersebut di sini. Dalam video itu ada menunjukkan kad jemputan yang sama dalam rancangan itu. Berita baik kepada anda! Pengunjung yang mendapat kad jemputan itu dapat menyertai beberapa permainan yang diadakan di kedai terpilih. Anda boleh layari laman web rasmi Sunway Pyramid untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kad ini.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Sumber: Facebook John Gullidge

Jadi buat semua peminat Squid Game, adakah anda semua teruja dengan kemunculan replika patung gergasi dari permainan “Red Light, Green Light” ini? Pasti ramai yang tidak sabar untuk bergambar dengan patung ini. Tetapi anda mesti ingat untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan di tempat beli belah itu. Jika anda ingin melihat liputan lain mengenai Squid Game, anda boleh klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Squid Gamesunway pyramid
Previous Post

Dengan kuasa yang padu, ini Lima sebab untuk anda menggunakan Razer Blade 14!

Next Post

Sasageyo! Kolaborasi Attack on Titan x Rules of Survival bermula hari ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sasageyo! Kolaborasi Attack on Titan x Rules of Survival bermula hari ini!

Sasageyo! Kolaborasi Attack on Titan x Rules of Survival bermula hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd