Semasa acara D23 Expo tahun ini, pelakon veteran Harrison Ford -yang berusia 80 tahun- telah naik ke pentas bagi panel Lucasfilm untuk memberitahu bahawa “Indiana Jones 5” akan menjadi filem terakhir beliau di dalam peranan itu.
Dia pertama kali menjadi Indiana Jones dalam filem Raiders of the Lost Ark pada 1981, dan meneruskan peranan watak itu dalam The Temple of Doom (1984), The Last Crusade (1989) dan The Kingdom of the Crystal Skull (2008).
Memandangkan usia Ford sangat tua dan kecerdasan yang diperlukan oleh peranan tersebut amat tinggi, ramai terkejut bahawa Harrison Ford masih nekad untuk berlakon sebagai Indiana Jones.
Pada tahun lepas, ada laporan kata bahawa Ford mengalami kecederaan bahu semasa berlatih untuk adegan pertarungan dalam filem Indiana Jones, dan sebelum itu, dia patah kaki semasa penggambaran Star Wars: The Force Awakens.


Memang legend lah Harrison Ford!
Untuk soal filem pula, perbincangan tentang Indiana Jones 5 sebenarnya bermula sebelum tahun 2008, tetapi terpaksa berhenti seketika ketika Lucasfilm dijual kepada Disney pada tahun 2012. Di bawah pemilik baharunya, presiden Lucasfilm – Kathleen Kennedy secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan membuat filem ke-5 pada tahun 2015.
Walaupun pengumuman dibuat, ia mengambil masa beberapa tahun lagi dan beberapa perubahan di sebalik tabir sehinggalah fasa fotografi berjalan secara rasmi pada Jun tahun lepas. Selain daripada mengubah skrip dan penulis skrip, pengarah asal Steven Spielberg juga mengundurkan diri daripada projek itu pada Februari 2020.
Tiga bulan kemudian, pengarah James Mangold (Logan) telah menggantikannya dan sekali lagi, skrip terpaksa diubahkan. Selepas ditangguh beberapa kali dan gangguan akibat pandemik COVID, filem itu kini dijadualkan untuk keluar pada 30 Jun 2023.
Apa pun, Indiana Jones 5 akhirnya akan ditayangkan di pawagam pada tahun depan, namun pawagam Malaysia masih belum mengesahkan tarikh rasmi.
Untuk membaca segala liputan kami tentang filem, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post