Lama tidak dengar berita, tahu-tahu IO Interactive membuat pengumuman mengejut. Pengumuman tersebut berkaitan dengan game mereka, Hitman! Nampaknya lebih mudah untuk pemain baru untuk bermainnya nanti. Melalui laman web rasmi, IO Interactive mengumumkan bahawa game trilogi Hitman akan dikumpulkan dalam World of Assassination.

Hitman 3 akan berubah menjadi “HITMAN World of Assasination”, di mana pemain lama dan baru boleh mengakses game HITMAN 1 dan HITMAN 2 melalui sistem Access Pass. Kalau anda sudah memiliki game Hitman 3, anda akan mendapat upgrade tersebut secara percuma di semua platform.
Senang cerita, tidak perlu lagi anda pening untuk membeli edisi game Hitman selepas ini. Kepada anda yang masih belum memiliki game ini dan ingin membelinya, hanya ada dua edisi sahaja yang akan tersedia bermula 26 Januari 2023. Anda boleh rujuk maklumat di bawah mengenai kandungan game tersebut.
HITMAN – World of Assassination (anggaran RM299)

- HITMAN 3
- H1 GOTY Access Pass
- H2 Standard Access Pass
HITMAN – World of Assassination Deluxe Pack (anggaran RM190)

- H3 Deluxe Pack
- H3 Seven Deadly Sins Collection
- H2 Expansion Access Pass
Hitman 3 tersedia di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan melalui Xbox PC Game Pass. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai games daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post