Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hideo Kojima & Microsoft bersetuju untuk membuat game eksklusif di Xbox!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Hideo Kojima & Microsoft bersetuju untuk membuat game eksklusif di Xbox!
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft Xbox kini dalam proses mengembangkan portfolio eksklusif dan permainan first-party sejak beberapa bulan kebelakangan ini di mana sejumlah khabar angin mula tersebar di internet mengenai perbincangan antara Microsoft dan Hideo Kojima untuk sebuah game eksklusif baru di pelantar Xbox.

Khabar angin tentang perbincangan itu bermula pada bulan April, di mana beberapa sumber mengatakan bahawa Sony telah menolak tawaran ini sebelum Kojima memulakan perbincangan dengan Microsoft. Laporan ini akhirnya disahkan oleh GamesBeat, yang mengatakan bahawa Xbox dan Kojima sama-sama menandatangani sejenis surat kerjasama. Surat ini bukanlah kontrak rasmi, tetapi menandakan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama.

GamesBeat juga melaporkan bahawa perbincangan ini sebenarny sudah berlangsung selama berbulan-bulan dan hampir muktamad sehingga Microsoft telah mula menyediakan sumber untuk menumpukan pada permainan baru oleh Kojima. Apakah kandungan permainan ini? Ramai tidak tahu tetapi ia Microsoft ingin membantu memupuk kreativiti Kojima dengan sumber daya yang tepat.

Hideo Kojima's deal with Xbox reaches key milestone https://t.co/ctu82KhQND by @jeffgrubb

— GamesBeat (@GamesBeat) July 1, 2021

Namun, sebilangan peminat tidak begitu gembira dengan berita ini. Seorang peminat sehingga membuat petisyen di Change.org supaya Kojima dan Xbox membatalkan kerjasama ini. Walaupun petisyen ini tidak meraih sambutan, ia memberi sedikit input tentang pandangan peminat kepada permainan baru Hideo Kojima.

Petisyen ini mempunyai mesej yang pendek tetapi jelas. Penyokong petisyen percaya bahawa Kojima bekerjasama dengan Microsoft kerana “tamak”, dan ingin dia kembali ke “pihak yang menang” – iaitu, Sony. Dalam erti kata lain, petisyen ini dibuat oleh pengguna PlayStation yang menyukai Kojima tetapi kecewa kerana mereka tidak  dapat memainkan permainan ini di konsol pilihan mereka.

Apa pendapat anda? Adakah anda teruja untuk melihat Hideo Kojima bekerjasama dengan Microsoft Xbox? Untuk segala liputan kami tentang Xbox, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Game Eksklusifhideo kojimakerjasamaKolaborasiMicrosoftxbox
Previous Post

Trailer baru Lord of the Rings: Gollum menampilkan Gandalf, Mouth of Sauron dan Thranduil!

Next Post

Review Dynasty Warriors Movie: Kisah dinasti yang tak begitu epik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review Dynasty Warriors Movie: Kisah dinasti yang tak begitu epik

Review Dynasty Warriors Movie: Kisah dinasti yang tak begitu epik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd