Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HENSHIN!! Sejarah penuh setiap Kamen Rider di era Shōwa! (1971 – 1989)

Bermula dari Kamen Rider hingga Kamen Rider Black RX.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2019
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
HENSHIN!! Sejarah penuh setiap Kamen Rider di era Shōwa! (1971 – 1989)
Share on FacebookShare on Twitter

Kamen Rider adalah salah satu daripada siri tokusatsu paling popular dalam sejarah dan juga watak paling ikonik dalam budaya pop zaman ini, dengan kostum unik yang diilhamkan oleh serangga belalang. Sebelum saya teruskan cerita, saya ingin kamu faham topik utama dalam artikel ini.

Kamen Rider GIF from Kamen GIFs

Sekiranya anda tidak biasa dengan istilah Shōwa , ia bermaksud tempoh sejarah Jepun bermula tahun 1926 hingga 1989, yang merangkumi segala-galanya dari Kamen Rider (1971) hingga Kamen Rider Black RX (1989). Mungkin banyak yang kamu tidak tahu tentang permulaan sejarah Kamen Rider. Di sini, saya akan jelaskan setiap Kamen Rider utama pada zaman tersebut. Mari kita mulakan.

Kamen Rider (1971 – 1973)

Inilah siri yang memulakan segalanya. Diberi nama Kamen Rider, siri ini dicipta oleh mangaka legenda Shotaro Ishinomori dan mengikuti Takeshi Hongo, seorang lelaki yang diculik oleh organisasi jahat bernama Shocker, lalu di eksperimen kan menjadi menjadi cyborg. Takeshi berjaya melarikan diri dan menjadi Kamen Rider legenda dengan matlamat untuk menghapuskan organisasi Shocker.

Satu perkara yang menarik ialah selepas penggambaran episod 13, Hiroshi Fujioka, pelakon Kamen Rider 1, mematahkan kedua-dua kakinya dalam sebuahkemalangan motosikal. Untuk meneruskan siri ini, seorang protagonis baru diperkenalkan untuk menjadi Kamen Rider 2. Protagonis baru itu adalah seorang jurugambar yang terselamat daripada eksperimen Shocker dan menjadi seorang Kamen Rider untuk melawan mereka. Siri ini mengikuti Kamen Rider 2 sehingga episod 53 di mana Kamen Rider 1 kembali dengan alasan melawan Shocker di luar negara.

https://www.youtube.com/watch?v=V1PA3Arxevs

Kamen Rider V3 (1973 – 1974)

Bersambung selepas siri pertama, Kamen Rider V3 mengikuti Shiro Kazami, seorang lelaki muda yang menyaksikan pembunuhan kejam seluruh keluarganya oleh organisasi jahat baru, Destron. Setelah bertemu Kamen Rider 1 dan 2 yang sedang melawan Destron, dia meminta mereka untuk menjadikannya Rider. Pada mulanya mereka enggan kerana menjadi Rider adalah satu tanggungjawab yang mereka tidak mahu meletakkan kepadanya. Namun setelah menyelamatkan nyawa mereka dari Destron dan melihat keazamannya, Kamen Rider 1 dan 2 tidak mempunyai pilihan selain mengubahnya menjadi Kamen Rider V3, dengan menggunakan tali pinggang mereka untuk memberinya kuasa.

Kamen Rider X (1974)

Siri ketiga dalam francais memperkenalkan kita kepada Kamen Rider X. Sama seperti siri terdahulu, sebuah organisasi jahat bernama G.O.D. (The Government of Darkness) ingin menguasai dunia. Kamen Rider X adalah anak kepada seorang saintis yang mengubah anaknya sendiri menjadi Rider sebelum mati dengan matlamat melindungi dunia dari G.O.D.

Kamen Rider X adalah siri pertama yang menampilkan musuh gergasi yang motosikal canggih yang mampu merentasi tanah, laut dan udara dengan teknologi khas yang dihasilkan oleh bapa. Dia juga mempunyai banyak alat dan senjata yang disimpan dalam tali pinggangnya.

Kamen Rider Amazon (1974)

Kamen Rider Amazon mempunyai salah satu plot elemen baru pada waktu itu dengan crossover antara Tarzan dan Kamen Rider. Selepas keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan kapal terbang dan meninggalkannya terdampar di hutan Amazon semasa bayi, Daisuke Yamamoto membesar di dalam hutan dan hidup dengan suku Inca. Tidak lama kemudian, suku Inca dibunuh oleh satu lagi organisasi jahat bernama Geddon. Kamen Rider Amazon memperoleh kuasa Rider-nya dalam upacara mistik yang dilakukan oleh seorang tukang sihir Inca. Selepas akhirnya mengalahkan Geddon, Kamen Rider Amazon kembali ke hutan Amazon tetapi berjanji untuk kembali jika kuasa jahat muncul.

Kamen Rider Stronger (1975)

Seperti biasa, sebuah organisasi jahat lain telah bangkit sekali lagi, dan digelar Black Satan. Shigeru Jo memilih untuk menyertai organisasi ini hanya untuk menewaskannya dari dalam demi membalas dendam kematian sahabatnya. Menggunakan teknologi organisasi ini, dia melakukan pembedahan pada dirinya sendiri untuk menjadi Kamen Rider Stronger. Shigeru Jo akhirnya disertai oleh Yuriko Misaki, seorang pahlawan cyborg yang dicipta oleh Black Satan. Wanita ini akhirnya menjadi “side-kick” Kamen Rider Stronger dan dipanggil Electro-Wave Human Tackle (panjang kan nama dia?).

Kamen Rider Skyrider (1979 – 1980)

Siri ini sepatutnya menjadi reboot kepada francais asal sebelum ditukar menjadi sekuel dengan Kamen Rider baru, Skyrider. Dia dinamakan semula sebagai Skyrider kerana dia adalah Kamen Rider pertama dengan keupayaan untuk terbang. Berikutan dari siri asal, sebuah organisasi jahat bernama Neo-Shocker, dihidupkan semula dari organisasi Shocker asal. Skyrider mendapat kekuatannya seperti Kamen Rider 1 selepas menjalani pembedahan transformasi untuk melawan Neo-Shocker. Siri ini terkenal kerana mengembalikan jalan cerita asas dan mengelakkan plot rumit seperti Kamen Rider Stronger dan Kamen Rider Amazon.

https://www.youtube.com/watch?v=4GYyJLeLEuU

Kamen Rider Super-1 (1980 – 1981)

Kamen Rider Super-1 mengisahkan seorang angkasawan bercita-cita tinggi yang menjadi angkasawan cyborg pertama. Namun ketenangan yang dia idamkan hancur apabila organisasi Dogma Kingdom muncul. Selepas menjadi satu-satunya mangsa yang selamat dari serangan di United States Space Development Program Base, dia menjadi Kamen Rider Super-1 dan memulakan latihan seni mempertahankan diri di bawah Master Genkai. Akhirnya selepas mengalahkan Dogma Kingdom, Kamen Rider Super-1 berlepas ke angkasa lepas dan akhirnya boleh memulakan pengembaraan di angkasa.

Kamen Rider Black (1987 – 1988)

Kamen Rider Black dianggap sebagai salah satu siri francais terhebat sepanjang masa. Siri ini berjaya menangkap minat penonton dengan jalan ceritanya yang mendalam, watak-wataknya yang luar biasa dan sinematografi yang menakjubkan.

Kamen Rider Black mengikuti kisah dua adik-beradik tiri yang diculik oleh organisasi misteri dan dipaksa menjalani pembedahan cyborg untuk menjadi Creation Kings pada masa depan. Semasa pembedahan, ayah mereka cuba menyelamatkan mereka tetapi hanya berjaya menyelamatkan salah seorang daripada adik-beradik ini dan terpaksa meninggalkan seorang lagi di dalam cengkaman organisasi jahat. Kedua-dua adik-beradik itu dikenali sebagai Century Kings dan takdir menetapkan mereka harus berlawan antara satu sama lain untuk memutuskan siapa yang akan menjadi Creation King. Salah seorang menjadi Kamen Rider Black dan seorang lagi menjadi Shadow Moon Century King. Shadow Moon juga dikenali sebagai Kamen Rider jahat pertama dalam sejarah.

Fakta menarik tentang Kamen Rider Black termasuk bahawa dia adalah Kamen Rider pertama yang tidak memakai selendang, motosikal pertama yang boleh bercakap, dan Cult of Gorgom sangat berbeza dengan organisasi jahat yang sebelum kerana matlamat mereka jauh lebih kompleks daripada menguasai dunia semata-mata.

Kamen Rider Black RX (1988 – 1989)

Sekuel kepada Kamen Rider Black, siri ini melihat wira kami berevolusi kepada cyborg yang lebih kuat bernama Black RX. Evolusi baru ini membolehkannya berubah pelbagai bentuk, sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Jalan cerita ini berlaku 5 tahun selepas kekalahan Cult of Gorgom di mana Kamen Rider Black ditangkap oleh Crisis Empire yang ingin menggunakannya untuk tujuan jahat mereka tetapi dibuang ke angkasa lepas selepas menolak untuk menjadi ahli mereka. Semasa terapung di ruang angkasa, dia menyerap partikel asing di sekeliling yang mengubahnya menjadi Black RX dengan kebolehan baru. Black RX boleh berubah kepada pelbagai bentuk untuk bertarung berdasarkan emosinya. Siri ini juga ialah siri terakhir era Showa tetapi secara teknikalnya adalah siri pertama di era Heisei disebabkan kematian maharaja Hirohito selepas keluaran episod 11.

https://www.youtube.com/watch?v=zIETp-J7ew8

Ini menamatkan rumusan saya tentang sejarah Kamen Rider pada era Showa. Semoga kamu lebih tahu tentang francais ini dan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang isinya. Nantikan artikel berikutnya untuk Kamen Rider pada era Heisei dari tahun 2000 hingga 2018. Sudah pasti zaman ini adalah zaman paling terkenal dan wujudnya ramai Kamen Rider hebat dengan pelbagai kuasa unik baru.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black RXkamen riderSeriesShowa
Previous Post

Patapon 2 akan diremake?! Juga demo Final Fantasy VII Remake akan berada di PlayStation 4 tahun 2020!

Next Post

Sediakan duit poket anda kerana game-game hebat ini akan muncul Tahun 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Sediakan duit poket anda kerana game-game hebat ini akan muncul Tahun 2020!

Sediakan duit poket anda kerana game-game hebat ini akan muncul Tahun 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd