Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Heaven Burns Red Sedia untuk Pre-Reg, Ganjaran Eksklusif Menanti Pemain!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2024
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, RPG, Turn-Based
0 0
0
Heaven Burns Red Sedia untuk Pre-Reg, Ganjaran Eksklusif Menanti Pemain!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Yostar mengumumkan bahawa RPG berasaskan naratif “Heaven Burns Red“, yang dibangunkan bersama WRIGHT FLYER STUDIOS dan VISUAL ARTS/Key, kini dibuka untuk pra-pendaftaran. Pemain boleh mendaftar sekarang di App Store dan Google Play, sebagai persediaan untuk perjalanan penuh emosi dan aksi mendebarkan.

Heaven Burns Red adalah hasil kerjasama antara Jun Maeda, pencipta legenda di sebalik karya klasik seperti Air, Clannad, Little Busters!, dan Angel Beats!, serta Wright Flyer Studios, yang terkenal dengan Another Eden dan Afterlost. Sebagai projek pertama dalam 15 tahun oleh Maeda, game ini mengikuti sekumpulan gadis yang memikul harapan terakhir manusia dalam perjuangan untuk terus hidup.

Kredit: Yostar Games

Jalan Cerita dan Gameplay

Dunia Heaven Burns Red diserang oleh makhluk misteri yang dikenali sebagai “Cancer,” yang telah menolak manusia ke ambang kepupusan. Walaupun manusia menggunakan senjata terkuat mereka, semua usaha telah gagal, memaksa mereka berundur.

Lebih separuh daripada permukaan Bumi telah hilang, dan harapan terakhir terletak pada senjata baru yang dikenali sebagai “Seraph.” Mereka yang menggunakan Seraphim adalah pahlawan terakhir manusia, dan gadis-gadis di tengah-tengah cerita ini ditugaskan dengan tanggungjawab besar ini.

Kredit: Yostar Games

Pemain akan mengambil peranan sebagai Ruka Kayamori, bekas vokalis dan gitaris kumpulan legenda “She Is Legend”. Game ini memperkenalkan sistem harian, di mana pemain akan mengikuti perjalanan Ruka, bertemu watak-watak baru dan menyertai acara bulanan yang menyediakan cerita sampingan yang unik.

Heaven Burns Red menampilkan pertempuran turn-based, di mana pemain boleh membentuk pasukan yang terdiri daripada enam gadis daripada 48 watak yang tersedia untuk melawan makhluk Cancer. Game ini juga dilengkapi dengan naratif penuh suara dalam gaya novel visual, memberikan pengalaman yang penuh emosi.

Kredit: Yostar Games

Ganjaran Pra-Pendaftaran

Untuk meraikan pra-pendaftaran, Yostar telah mengumumkan ganjaran milestone yang akan dibuka berdasarkan jumlah pemain yang mendaftar. Semakin ramai pemain yang pra-daftar, semakin hebat ganjaran yang akan diperoleh apabila game dilancarkan. Pemain boleh pra-daftar melalui laman web rasmi dan memilih platform pilihan mereka (PC/iOS/Android).

  • 60K pemain: 3000 Quartz
  • 100K pemain: 10-Roll Ticket Recruitment X1
  • 150K pemain: SS Ruka Kayamori selepas tamat Day 3
  • 200K pemain: 10-Roll Ticket Recruitment (1x S atau ke atas dijamin dalam 10-Roll!) X2

We are excited to officially announce the pre-registration rewards!
Reaching pre-registration milestones will unlock corresponding rewards.

Pre-register at: https://t.co/fec0eAR7BM#HeavenBurnsRed #Yostar pic.twitter.com/sunV8d76db

— Heaven Burns Red Official EN (@hbr_official_en) September 13, 2024

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI!

Tags: Heaven Burns Red
ShareTweetSend
Previous Post

Call of Duty: Black Ops 6 – Spesifikasi PC Terperinci!

Next Post

Reviu Smile 2 – Seram Bertambah Tapi Penceritaan Lemah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Reviu Smile 2 – Seram Bertambah Tapi Penceritaan Lemah

Reviu Smile 2 - Seram Bertambah Tapi Penceritaan Lemah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd