SEGA baru sahaja melancarkan Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+, game rhythm terbaru yang memaparkan penyanyi maya terkenal, Hatsune Miku ke PC melalui Steam pada 27 Mei 2022!
Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+ merupakan game rhythm klasik, di mana anda boleh menikmati lagu serta video muziknya dengan pelbagai kostume menarik. Ia juga merupakan game Hatsune Miku: Project DIVA pertama di PC, yang sebelum ini hanya tersedia di konsol PS dan Nintendo.
Game ini akan mempunyai lebih daripada 170 lagu untuk dimainkan. Tambahan pula dengan lagu yang dimasukkan di versi Mega Mix yang dilepaskan pada konsol Nintendo Switch pada 2020. Pemain juga boleh memainkan lagu tambahan melalui DLC. Selain itu, jika anda membeli digital deluxe “VIP Edition”, atau “Extra Song Pack” DLC, anda akan dapat bermain 240 lagu tambahan!
Sudah tentu pemain PC mempunyai ciri eksklusif tersendiri. Anda kini boleh memilih untuk menonton video muzik 3D, sama ada anime-style ataupun CG style. Versi PC juga menyediakan beberapa ciri sama daripada game terdahulu iaitu Photo Mode dan T-shirt Edit Mode. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai ciri-ciri hebat yang disebutkan di atas.
Lagu & Module (kostum)
Sebagai tambahan kepada semua lagu popular daripada Project DIVA, game ini juga akan memaparkan lagu tema “Catch the Wave” (Muzik & lirik oleh kz (livetune)). Anda juga boleh mainkan 170 lagu termasuklah “Extra Song Pack 110″daripada Nintendo Switch, “Theme Song Pack” dan “SEGA Pack”.
Terdapat juga lebih daripada 400 module (kostum) untuk Hatsune Miku dan rakan-rakannya, termasuklah koleksi lagu dan kolaborasi dengan Piapro. Dengan fungsi “Hairstyle Customization”, anda boleh mengubaj suai module mengikut cita rasa tersendiri.
Art Style
Ciri eksklusif untuk pemain PC, anda boleh memilih untuk menonton video muzik 3D dalam “anime-style” atau “CG-style” daripada Future Tone.
Mod Foto & fungsi T-Shirt Editor
Tangkap gambar untuk scene kesukaan anda dan tambahlah stiker untuk mencipta gambar original anda sendiri dalam “Photo Mode”!
Dalam “T-Shirt Editor”, anda juga bleh mereka bentuk module T-shirt untuk Miku dan rakan-rakannya untuk dipakaikan. Anda juga boleh mendapat lebih 30 module alternatif yang direka khas dengan kolaborasi Piapro!
DLC
Dengan membeli digital Deluxe “VIP Edition” atau DLC “Extra Song Pack”, anda dapat menikmati 70 lagu tambahan!
Jadi, peminat VOCALOID yang sudah lama ingin mainkan game ini, bolehlah pergi ke halaman Steam untuk terus membelinya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post