Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harga transaksi mikro Gran Turismo 7 lebih mahal berbanding game terdahulu

Maira by Maira
March 7, 2022
in Artikel, Berita, Game, Konsol, PS4, PS5, Sukan/lumba
0 0
0
Harga transaksi mikro Gran Turismo 7 lebih mahal berbanding game terdahulu
Share on FacebookShare on Twitter

Gran Turismo 7 nampaknya telah menaikkan harga transaksi mikro yang tinggi berbanding entri yang terdahulu. Walaupun begitu, game ini tidak memerlukan anda untuk membelanjakan sejumlah wang tambahan kerana ia hanya cara paling cepat untuk anda mendapatkan kredit dalam permainan.

Sebab utama mengapa transaksi mikro jauh lebih tinggi dalam Gran Turismo 7 adalah entri terbaru ini tidak membenarkan anda membeli kenderaan individu. Dalam GT Sport, kereta boleh dibeli sendiri dengan harga yang maksimum iaitu RM 11. Sebagai perbandingan, GT7 hanya membenarkan pemain membeli mata wang dalam permainan yang kemudiannya boleh digunakan untuk mendapatkan kereta. Ini membawa kepada kos yang lebih tinggi untuk mendapatkan kereta tertentu dalam GT7.

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli kereta di Gran Turismo 7 yang berharga 3,000,000 kredit, anda perlu menghabiskan RM 138 dalam game dengan membeli pek 2 juta kredit dengan gabungan 2 pek kredit lain. Sebaliknya, kereta yang sama dalam Gran Turismo Sport ini hanya berharga RM 11 ​​untuk dibeli dan digunakan. Ini merupakan kenaikan yang agak drastik dan mungkin mengecewakan buat pemain yang suka membeli satu kereta yang mereka ingin gunakan.

Game ini tidak menekan pemain untuk menghabiskan wang untuk pembelian dalam permainan. Walau bagaimanapun, ia agak mengambil masa untuk mendapatkan 3 juta kredit secara percuma dan akan mengambil berjam-jam. Jika anda seorang yang tidak kisah menggunakan duit sebenarnya untuk mendapatkan kredit dengan pantas, bolehlah anda membeli kredit di PS Store. Apa pendapat anda mengenai harga transaksi mikro dalam Gran Turismo 7 ini? Adakah anda lebih suka jika GT7 menawarkan pembelian yang sama seperti GT Sport? Boleh tinggalkan pendapat anda di ruang komen.

Anda boleh membaca review kami untuk game GT7 perlumbaan ekslusif PS yang sangat realistik ini. Malah, anda juga boleh santai di GT Cafe. Untuk mendapatkan liputan lain untuk GT7, anda boleh klik pautan ini.

Sumber: comicbook, PS Store

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gran Turismo 7microtransaction
Previous Post

Razer Huntsman Mini baru bernilai RM669, menampilkan “Analog Optical  Switch”

Next Post

Anime Mushoku Tensei : Jobless Reincarnation Season 2 telah diumumkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime Mushoku Tensei : Jobless Reincarnation Season 2 telah diumumkan!

Anime Mushoku Tensei : Jobless Reincarnation Season 2 telah diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd