Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy: Relink — Update Baharu Sudah Tiba, Cabar Lucilius Sekarang!

Maira by Maira
March 18, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy: Relink — Update Baharu Sudah Tiba, Cabar Lucilius Sekarang!

Sumber: SEGA

Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah mengumumkan bahawa Cygames telah melepaskan versi baharu untuk Granblue Fantasy: Relink, yang memperkenalkan boss battle baharu yang mencabar, menampilkan Lucilius, Astral yang mempunyai kuasa yang besar dan juga beberapa penambahbaikan pada game tersebut.

Granblue Fantasy Relink
Sumber: SEGA

Versi 1.1.1 menampilkan quest dengan kesukaran Proud baharu, The Final Vision, di mana pemain akan menyertai Supreme Primarch Sandalphone dalam pertarungan menentang musuh hebat, Lucilius.

Granblue Fantasy Relink
Sumber: SEGA

Sebagai tambahan, kandungan berbayar tambahan seperti emote dan pek item untuk menguatkan watak dan senjata juga telah tersedia. Berikut adalah harga untuk setiap kandungan berbayar yang tersedia:

ItemHarga
Let’s Chat Emote Expansion SetRM 4
Self- Improvement Pack 1RM 6
Weapon Uncap Items Pack 1RM 6
Weapon Upgrade Items Pack 1RM 6
Sigil Upgrade Items Pack 1RM 6

Seperti yang dinyatakan, pelbagai perubahan turut ditambah pada gameplay untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih baik.

Showcase baharu

Granblue Fantasy Relink
Sumber: SEGA

Pada 25 April 2024, pasukan dan barisan pelakon Granblue Fantasy: Relink akan mengadakan showcase baharu game untuk kali ketiga! Anda boleh menontonnya melalui saluran YouTube rasmi SEGA. Anda boleh nantikan pelbagai berita baru mengenai game tersebut semasa livestream.

Tentang Granblue Fantasy: Relink

Granblue Fantasy Relink
Sumber: SEGA

Berlangsung di alam fantasi Sky Realm, game ini menampilkan kempen single-player yang cukup besar dan mode co-op empat pemain. Bina pasukan impian di mana setiap watak mempunyai mekanik pertempuran sendiri yang menghasilkan gaya aksi unik untuk menghadapi pelbagai cabaran di dunia game yang luas.

Game ini sudah boleh dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam. Untuk membaca review penuh kami untuk game ini, boleh klik di sini. Untuk segala liputan mengenainya, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: cygamesGranblue Fantasy: Relinksega
ShareTweetSend
Previous Post

Teen Titans Sah Mendapat Adaptasi Filem Live Action, Dihasilkan Oleh DC Studios!

Next Post

SAND LAND: The Series Review — Bermulanya Pengembaraan Mencari Kolam Air Legenda!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
SAND LAND: The Series Review — Bermulanya Pengembaraan Mencari Kolam Air Legenda!

SAND LAND: The Series Review -- Bermulanya Pengembaraan Mencari Kolam Air Legenda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd