Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War rasmi datang ke PC Steam dan Epic Games pada 14 Januari 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 20, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Steam
0 0
0
God of War rasmi datang ke PC Steam dan Epic Games pada 14 Januari 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gempar hari ini! God of War akan hadir ke PC melalui Steam dan Epic Games pada 14 Januari 2022, lantas mengakhiri hak eksklusifnya selama hampir 4 tahun di PS4. Berita itu diumumkan baru sahaja tadi, melalui treler yang menunjukkan rakaman prestasi pada resolusi 4K/60 FPS di PC.

Halaman Steam dan Epic Games untuk God of War di PC sudah pun boleh dikunjungi, di mana game ini boleh dipra-pesan bermula sekarang. Menurut keterangan rasmi, versi PC mempunyai:

  • Grafik fideliti tinggi
    • Visual yang menarik dipertingkatkan pada PC. Nikmati resolusi 4K sebenar, pada peranti yang disokong, dengan kadar bingkai tanpa had untuk prestasi puncak. Pilih tetapan anda melalui pelbagai pilihan grafik termasuk resolusi bayang yang lebih tinggi, pantulan ruang skrin yang lebih baik, penambahan GTAO dan SSDO, dan banyak lagi.
  • Sokongan NVIDIA DLSS dan Reflex
    • Kualiti memenuhi prestasi. Manfaatkan kekuatan AI dari NVIDIA Deep Learning Super Sampling (DLSS) untuk meningkatkan kadar bingkai dan menghasilkan gambar yang cantik dan tajam pada GPU Nvidia terpilih. Gunakan teknologi latensi rendah NVIDIA Reflex yang membolehkan anda bertindak balas lebih cepat dan menggunakan kombo untuk gameplay responsif yang anda mahukan pada GPU GeForce.
  • Control Customization
    • Dengan sokongan untuk controller wayarles DUALSHOCK 4 dan DUALSENSE, pelbagai gamepad lain, dan sistem kawalan yang dapat diubah suai sepenuhnya untuk tetikus dan papan kekunci, anda mempunyai kuasa untuk menyesuaikan setiap tindakan yang sesuai dengan gaya permainan.
  • Sokongan ultra-lebar
    • Berjalan melalui alam Norse dengan pemandangan yang menakjubkan di skrin lebar yang indah. Dengan sokongan skrin ultra-lebar 21: 9, God of War menyajikan pengalaman kualiti pawagam yang luas bagi tontonan teater yang asli.

Sesiapa yang membuat pembelian God of War di PC juga akan menerima kandungan digital berikut:

  • Death’s Vow Armor Set untuk Kratos dan Atreus
  • Exile’s Guardian Shield Skin
  • Buckler of the Forge Shield Skin
  • Shining Elven Soul Shield Skin
  • Dökkenshieldr Shield Skin

God of War adalah game eksklusif PS4 terbaru selain dari Death Stranding dan Horizon Zero Dawn yang diadaptasikan ke PC. Asalnya dilancarkan pada tahun 2018, ia mendapat pujian yang positif dari para pengkritik dan peminat. Sekuelnya, God of War Ragnarok, pula didedahkan pada bulan lepas dan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022, selepas ditunda kerana wabak COVID-19 yang berlaku. Sama seperti pendahulunya, ia adalah eksklusif di PlayStation dan hanya akan datang ke PS4 dan PS5 pada pelancaran awal. Namun selepas pengumuman hari ini, mungkin Ragnarok akan datang ke PC tidak lama selepas itu.

Untuk segala liputan kami tentang God of War, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Epic GamesGod Of WarPCplaystationsteam
Previous Post

Senarai platform rasmi untuk korang layan anime secara HALAL!

Next Post

Square Enix mendedahkan video prototaip Tomb Raider: Ascension yang dibatalkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Next Post
Square Enix mendedahkan video prototaip Tomb Raider: Ascension yang dibatalkan!

Square Enix mendedahkan video prototaip Tomb Raider: Ascension yang dibatalkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd