Selepas pengumuman mengenai penundaan Genshin Impact 2.7, HoYoverse telah menjanjikan pampasan kepada pemain. Melalui laman web rasmi Hoyoverse, kemas kini terbaru 2.7 Genshin Impact ditunda kerana masalah pada kemajuan pembangunan game. Oleh itu, semua pemain Genshin Impact akan diberi pampasan setiap minggu bermula 11 Mei 2022.
Buat masa ini, masih tiada tarikh baru untuk versi 2.7 Genshin Impact diumumkan dan akan diumumkan kelak. Berikut adalah pampasan yang boleh dituntut oleh pemain setiap minggu melalui mel dalam game:
- Primogem x400
- Fragile Resin x1
- Hero’s Wit x7
- Mystic Enhancement Ore x16
- Mora x 120,000
Jika kemas kini 2.7 dikeluarkan lebih awal daripada jangkaan, pampasan yang diberikan juga akan diubah. Jadi, ambil perhatian tentang perkara ini supaya tiada salah faham. Selain itu, hanya pemain yang telah mencecah Adventure Rank (AR) 5 dan ke atas sahaja layak untuk menuntut ganjaran ini. Pemain juga perlu menuntutnya sebelum tamatnya versi 2.6.

Bermula 11 Mei 2022, pampasan tersebut boleh dituntut melalui mel pada jam 4, waktu server Genshin Impact. Mel tersebut juga akan tamat tempoh selepas 30 hari. Jangan lupa tuntut dalam masa yang diberikan!
Alang-alang menunggu itu, kalau anda masih ingin mendapat Kamisato Ayaka, anda mempunyai masa yang panjang untuk mendapatkannya. Jadi, kumpul sebanyak mungkin primogem selagi banner Ayaka masih tersedia.

Kemas kini 2.7 Genshin Impact akan memaparkan dua watak terbaru iaitu Yelan dan Kuki Shinobu. Yelan merupakan watak 5 bintang Hydro yang menggunakan busur manakala Kuki pula hadir sebagai watak 4 bintang Electro, yang merupakan timbalan ketua Arataki Gang. Dia juga mungkin berkongsi banner bersama ketuanya, Arataki Itto.
Sumber: Hoyolab

@gamersantaimy
Discussion about this post