Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact: 10 Watak yang mempunyai base attack paling kuat!

Maira by Maira
March 22, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Game
0 0
0
Genshin Impact: 10 Watak yang mempunyai base attack paling kuat!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau korang ada dalam mana-mana group, mesti ramai yang tunjukkan watak-watak Genshin Impact mereka dengan barisan artifact yang hebat-hebat. Banyak juga watak yang biasanya lemah boleh solo dalam banyak pertarungan boss. Tetapi hari ini, kita kembali kepada basic! Kita abaikan kesemua artifact dan senjata. Jom, kita lihat watak Genshin mana yang mempunyai base attack yang paling kuat tanpa sebarang artifact pada level 90! Korang boleh tengok senarai yang kami sediakan dibawah.

10. Klee

Watak comel ini merupakan watak Pyro dan menggunakan Catalyst iaitu bom sebagai senjata utama. Bom yang digunakannya boleh memberikan damage AoE Pyro kepada musuh. Ini membuatkannya salah satu DPS yang bagus digunakan semasa berlawan, digabungkan pula dengan Elemental skill dan burst.

Pada level 1, Klee mempunyai base attack sebanyak 24 dan meningkat sehingga 311 pada level 90.

9. Yoimiya

Watak Genshin impact

Yoimiya juga merupakan watak Pyro tetapi menggunakan busur sebagai senjata utama. Apa yang membuatkan Yoimiya ini seronok digunakan, dia boleh melancarkan 5 panahan berterusan. Kalau anda ingin tahu, charged attack untuk Yoimiya sebenarnya lebih rendah berbanding Normal attack. Tetapi sudah tentu damage yang diberikan akan jadi lebih tinggi apabila menggunakan elemental burstnya.

Level 1, Yoimiya mempunyai base attack sebanyak 25 dan meningkat sehingga 323 pada level 90.

8. Keqing

Yuheng daripada Liyue Qixing ini merupakan watak Electro yang menggunakan pedang sebagai senjata utama. Memandangkan pedang lebih ringan berbanding Claymore, sudah tentu Keqing mampu memberikan serangan yang pantas. Ini antara sebab mengapa ramai menggunakan Keqing sebagai DPS dalam parti mereka.

Base attack untuk Level 1 Keqing ialah 25 dan meningkat sehingga 323 pada level 90.

7. Ganyu

Watak Genshin impact

Satu lagi watak DPS yang ramai digunakan oleh pemain Genshin Impact. Ganyu merupakan watak Cryo yang menggunakan busur sebagai senjata. Dia mampu memberikan serangan sehingga 6 panahan dengan busurnya itu. Jika anda menggunakan Charged attack Ganyu, dia mampu memberikan damage yang sangat tinggi kepada musuh di sekelilingnya bersama efek cryo.

Level 1 Ganyu mempunyai base attack sebanyak 26 dan meningkatkan kepada 335 pada level 90.

6. Diluc

Berbeza dengan lima watak di atas, Diluc merupakan watak Pyro yang menggunakan Claymore sebagai senjata utama. Pedang besar itu sudah tentu memberikan damage yang tinggi dan menjadi salah satu watak DPS yang digemari ramai.

Diluc mempunyai base attack sebanyak 26 dan meningkat sehingga 335 pada level 90.

5. Raiden Shogun

Watak Genshin impact

Cik Raiden kita ini merupakan salah seorang Archon di Inazuma. Dia merupakan watak electro yang menggunakan polearm sebagai senjata utama. Raiden mampu memberikan lima serangan berturut menggunakan lembingnya itu. Tetapi kekuatan sebenar Raiden datang daripada elemental burstnya, di mana dia menggunakan pedang yang dikeluarkan daripada badannya. Ia juga meningkatkan kelajuan serangan. Jadi, memang padulah kalau anda gunakannya sebagai DPS.

Level 1 Raiden mempunyai base attack sebanyak 26 dan meningkatkan kepada 337 pada level 90.

4. Yae Miko

Watak yang baru boleh dimainkan dalam update baru-baru ini. Yae Miko sama seperti Klee, yang menggunakan Catalyst sebagai senjata utama tetapi dia merupakan watak Electro. Elemental burst miliknya juga sangat hebat dan memang sesuai digunakan bersama watak Pyro dan Hydro. Damage daripada combo sudah tentu memudahkan anda untuk mengalahkan musuh.

Yae Miko mempunyai base attack sebanyak 26 dan meningkat sehingga 340 pada level 90.

3. Kamisato Ayaka

Watak Genshin impact

Satu lagi watak yang menggunakan pedang yang mempunyai base attack yang tinggi. Ayaka merupakan watak cryo yang sememangnya memberikan damage yang banyak dengan hanya menggunakan normal attack. Jika anda menggunakan Charged Attack, ianya mampu memberikan damage kepada banyak musuh.

Base attack untuk level 1 Ayaka ialah 27 dan meningkat sehingga 342 pada level 90.

2. Eula

Watak Genshin impact

Sama seperti Diluc, Eula merupakan pengguna Claymore. Kalau anda ingin gunakannya sebagai watak DPS, memang sesuai sangatlah. Kalau serangan biasa sahaja sudah kuat kalau ditambah dengan elemental skill, anda tidak akan mempunyai masalah sangat ketika melawan musuh.

Eula mempunyai base attack sebanyak 27 pada level 1 dan 342 pada level 90.

1. Xiao

Watak Genshin impact

Walaupun dia akan terima damage sendiri, tetapi memang tidak boleh dinafikan Xiao merupakan watak DPS hebat untuk digunakan semasa bertarung. Bukan setakat itu sahaja, dia mempunyai kepantasan yang tinggi, jadi anda dapat memberikan damage tinggi dengan kelajuan yang tinggi. Tetapi akibat karma pada dirinya, cool down untuk skillnya agak lama untuk penuh semula. Jadi, kalau boleh rancang dulu strategi sebelum gunakan Xiao tau~

Base attack untuk Level 1 Xiao ialah 27 dan meningkat sehingga 349 pada level 90.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada para Traveller Teyvat. Apabila watak baru yang lebih hebat muncul, kami akan kemas kini senarai ini. Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Genshin Impact Fandom

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Base AttackGenshin Impact
Previous Post

Tak sampai sebulan lagi dah banyak cheater dalam Apex Legends Mobile

Next Post

Disney Mirrorverse akan keluar di iOS & Android pada 23 Jun 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Disney Mirrorverse akan keluar di iOS & Android pada 23 Jun 2022

Disney Mirrorverse akan keluar di iOS & Android pada 23 Jun 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd