Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gen V (Musim 1) Review — Spin-Off Baik dengan Aksi Hebat Supes Remaja!

Maira by Maira
November 4, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Review
0 0
0
Gen V (Musim 1) Review — Spin-Off Baik dengan Aksi Hebat Supes Remaja!

Sumber: Amazon Studios

Share on FacebookShare on Twitter

Gen V ialah siri TV superhero Amerika yang merupakan spin-off Siri TV The Boys, dan berdasarkan arc komik The Boys “We Gotta Go Now” oleh Garth Ennis dan Darick Robertson. Siri ini, berlaku serentak dengan musim keempat The Boys, ditayangkan di Amazon Prime Video pada 29 September 2023. Pada Oktober 2023, kurang daripada sebulan selepas tayangan perdana, siri ini telah disahkan untuk musim kedua. Apa yang best sangat siri ini sampai dapat musim dua? Teruskan baca review kami!

Plot

Gen V berlatarkan dunia The Boys, selepas musim 3 siri. Ia mengembangkan universe ke Universiti Godolkin, kolej wira-wira yang berprestij, di mana pelajar berlatih untuk menjadi generasi wira seterusnya. Sama seperti cerita The Boys, apabila Supes sudah menjadi teruk, tetapi tidak semua superhero menjadi begitu. Di sebalik kekacauan biasa kolej dan berpesta, pelajar-pelajar ini menghadapi situasi yang gila. Memandangkan pelajar bersaing untuk mendapatkan populariti dan gred yang baik, jelas bahawa pertaruhannya lebih tinggi apabila kuasa super terlibat.

Sumber: Amazon Studios

Watak utama cerita ini Marie Moreau (Jaz Sinclair) ialah seorang gadis berusia 18 tahun dengan kebolehan mengawal darah seperti senjata. Semasa dia kecil, kali pertama dia mengetahui tentang kuasa besarnya, dia terlalu takut kerana dia secara tidak sengaja membunuh ibu bapanya dan adik-beradiknya adalah satu-satunya saksi. Dan ini menjadi mimpi ngeri terbesarnya. Selepas itu Marie masuk ke rumah anak yatim “Red River Institute” yang muncul dalam The Boys S3. Apabila Marie berumur 18 tahun, dia meninggalkan rumah tersebut dan masuk ke Universiti Godolkin yang dikendalikan oleh Vought. Nampaknya universiti itu mempunyai rahsia gelapnya tersendiri.

Sumber: Amazon Studios

Kekal dengan vibe The Boys

Bercakap tentang The Boys sudah tentu ia mempunyai darah, keganasan, seks dan perkara jijik lain. Gen V juga tidak jauh bezanya tetapi disampaikan dengan cara yang berbeza. Daripada tunjukkan darah secara terang-terangan, ia menggunakan cara yang lebih halus. Keganasan yang ditunjukkan juga hampir sama tahap dengan siri The Boys.

Sumber: Amazon Studios

Persembahan watak yang baik

Pada mulanya, kami tidak tahu tentang watak. Kami menyangka bahawa kumpulan pelajar terbaik itu hanyalah playboy dan mempunyai ibu bapa yang kaya boleh membenarkan mereka menjadi raja sekolah. Tetapi selepas beberapa episod, kita mengetahui semua watak mempunyai mimpi ngeri dan personaliti mereka, serta bagaimana mereka mengatasinya. Walaupun mereka berjuang untuk atasi mimpi ngeri tersebut, ia benar-benar hebat, kerana pada mulanya mereka hanya seperti kanak-kanak yang dikawal oleh ibu bapa mereka, dan akhirnya mereka mempunyai pemikiran mereka sendiri dan berjuang untuk hak mereka sendiri.

Watak-watak pada The Boys juga muncul dalam Gen V. Walaupun kebanyakkannya hanya kameo. Tetapi kita akan melihat Homelander dan Billy Butcher muncul menghubungkan keseluruhan cerita dengan siri The Boys. Mungkin kita akan melihat watak Gen V dalam musim baru The Boys nanti.

Sumber: Amazon Studios

Kesimpulan

Kami akan berikan Gen V 9/10. Walaupun, adegan pergaduhan tidak sebanyak The Boys, tetapi setiap babak itu sangat bagus dan saya sangat menikmatinya. Plot siri TV itu hebat, menunjukkan perkembangan watak yang begitu besar dan sesuai dalam cerita. Tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk menerangkan watak dan juga meninggalkan beberapa petunjuk untuk diceritakan pada musim kedua. Tidak sabar rasanya untuk menonton sambungannya.

Gen V boleh ditonton melalui Amazon Prime Video. Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Gen V (Series)

9 Score

PROS

  • Penceritaan yang baik
  • Perkembangan watak yang bagus

CONS

  • Pacing cerita terlalu tergesa-gesa

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Gen V
ShareTweetSend
Previous Post

Genshin Impact 4.2 Akan Hadir pada 8 November! Bahaya Kini Menghampiri Fontaine!

Next Post

Overwatch 2 Umum Hero Tank Baru – Mauga! [BlizzCon 2023]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Overwatch 2 Umum Hero Tank Baru – Mauga! [BlizzCon 2023]

Overwatch 2 Umum Hero Tank Baru - Mauga! [BlizzCon 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd