Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

gamescom asia x Thailand Game Show 2026 – Zon Pameran Lebih Luas, Demo Gergasi & Kehadiran Ikon Industri

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
gamescom asia x Thailand Game Show 2026 – Zon Pameran Lebih Luas, Demo Gergasi & Kehadiran Ikon Industri
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak penganjur gamescom asia x Thailand Game Show 2026 telah mendedahkan atur cara penuh acara termasuk mengesahkan pelbagai sesi demo game secara hands-on, penampilan selebriti, dan kawasan pameran yang semakin luas.

Bakal berlangsung dari 29 Oktober hingga 1 November 2026 di Queen Sirikit National Convention Centre (QSNCC), konvensyen tahun ini bertema “The Heart of Gaming.” Disokong oleh Agensi Promosi Ekonomi Digital Thailand (depa), acara ini meneruskan kejayaan tahun lalu yang mencatatkan lebih 206,000 pengunjung dengan meluaskan zon hiburan ke empat dewan pameran.

Ruang hiburan acara akan menghimpunkan nama-nama gergasi daripada industri, dengan Synnex | Nintendo dan Monster Energy sebagai Penaja Platinum. Para gamer boleh menantikan reruai interaktif serta pameran daripada Bandai Namco Entertainment, SEGA, KURO GAMES, PlayPark, PlayStation (menerusi GameShop Concept Store), The Pokémon Company, dan Razer Game Services.

Beberapa penerbit telah mengesahkan demo game di tapak pameran:

  • Capcom: Monster Hunter Wilds: Ascendance, Mega Man: Dual Override, Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen, Onimusha: Way of the Sword, Street Fighter 6, dan Pragmata.
  • 4Divinity: Guns of Eschaton, Genigods: Nezha, A Whisper of Fall: Jinyiwei, Sword Sage: Awakening, dan Realm of Taiwu.
  • GRYPHLINE: Arknights: Endfield.
  • Lain-lain: Goddess of Victory: NIKKE serta Muv-Luv Girls Garden.

Pengeluar hardware dan peripheral juga turun padang beramai-ramai, dengan jenama seperti AMD, Lenovo, SteelSeries, GameSir, EGA Zone, SIGNO, dan XPG mempamerkan produk gaming terkini, controller jenis handheld, dan pelbagai aksesori gaming.

Antara tumpuan utama tahun ini ialah ikon industri game, John Romero, pencipta bersama judul first-person shooter legenda seperti DOOM dan Quake. Romero akan hadir ke Bangkok untuk bertemu peminat di tapak pameran dan naik ke pentas utama bagi menerima anugerah berprestij, Lifetime Achievement Award.

Peminat juga berpeluang menyertai sesi meet-and-greet bersama tetamu cosplay antarabangsa, Xiaoyukiko, di samping barisan pencipta kandungan popular serantau seperti zbing z., Oppa Hong, SpriteDer SPD, EVA GAMER, dan PangBoy CH.

Dari segi persembahan, idola berdarah kacukan Thai-Jepun merangkap bekas kapten BNK48, Cherprang Areekul, akan mempersembahkan gubahan baharu lagu tema acara, “The Biggest Dream Revision 2026,” secara langsung di pentas utama.

Buat pertama kalinya, acara ini diadakan serentak bersama ACE (Anime Asia Comics Content Entertainment Expo). Kolaborasi ini meluaskan ruang pameran melangkaui video game ke arena budaya pop, membawakan platform penstriman VIU, maskot Thailand Butterbear, serta jenama mainan koleksi terkemuka. Peminat anime turut berpeluang menyelami selok-belok industri animasi menerusi sesi panel khas bersama barisan penerbit di sebalik francais ikonik Ghost in the Shell.

Bagi cosplayer yang ingin bertanding, ini peluang terbaik untuk memperagakan kostum. Hadiah terkumpul bagi Cosplay Contest 2026 telah dinaikkan kepada 300,000 THB (sekitar RM36,800+). Para peserta boleh bertanding dalam kategori Solo, Team, All-Star, serta kategori baharu, Best Duo. Pendaftaran dalam talian dibuka sehingga 30 September 2026.

Selain itu, Thailand Game Awards bakal menyampaikan trofi bagi 31 kategori merangkumi perkakasan pengguna mahupun pelancaran judul game. Ini termasuk anugerah Game of the Year serta WINGS Award, yang memberi pengiktirafan kepada game yang diterajui oleh wanita.

Sekiranya tidak merancang untuk pergi, anda masih boleh mengikuti pelbagai pengumuman menarik dari rumah:

  • Siaran primetime: Acara ini akan bermula secara maya pada Khamis, 29 Oktober 2026, jam 9:00 malam waktu Malaysia. Siaran ini akan menayangkan trailer game baharu, teaser gameplay, dan judul indie, disiarkan dalam bahasa Inggeris menerusi YouTube dan Facebook.
  • Steam Festival: Pemain PC boleh melayari laman acara khas di Steam sepanjang konvensyen berlangsung untuk memuat turun demo percuma, menikmati diskaun game, dan memasukkan judul yang dipamerkan ke dalam senarai wishlist.

Bagi studio game tempatan, pembangun indie, dan pelajar yang sedang mencari peluang pembiayaan atau penerbitan di peringkat serantau, Business Area akan beroperasi pada 29 dan 30 Oktober 2026.

Program B2B ini menampilkan lebih 70 penceramah di empat pentas untuk membincangkan topik pembangunan game, strategi penerbitan, dan pelaburan. Pavilion dari negara Korea Selatan, Jerman, Austria, Sepanyol, Filipina, dan Thailand turut disediakan untuk sesi trade matchmaking, selain pameran karya pelajar dan sesi pitching yang disokong oleh Xsolla.

Pas harian (day pass) dan Fast Pass boleh dibeli secara dalam talian melalui gamescom.asia/tickets.

Tags: gamescom asia x Thailand Game Show 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Japan Game Awards 2026 – Game Designers Award Akan Berakhir Selepas 16 Tahun; Info Majlis & Barisan Juri

Next Post

Selepas 5 Tahun Menyepi, Black Clover Season 2 Akan Mula Tayang Oktober 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Selepas 5 Tahun Menyepi, Black Clover Season 2 Akan Mula Tayang Oktober 2026

Selepas 5 Tahun Menyepi, Black Clover Season 2 Akan Mula Tayang Oktober 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd