Gamescom Asia 2022 akan bermula tidak lama lagi. Menjelang acara besar tersebut, kami telah sertai hari media Gamescom Asia 2022 secara maya dan sertai Fireside chat bersama Brian Kwek, Bendahari dan Ahli Exco (Indie) untuk Singapore Games Association (SGGA). Bersamanya dapat juga kami mendengar benda menarik berkaitan mengenai industri dan salah satunya ialah tentang kepentingan game indie dalam ekosistem game video. Jom kami ceritakan dengan lebih lanjut.

Sekarang ini, memang ramai pembangun yang mula menghasilkan game AAA dan telah menawan sebahagian besar dalam dunia gaming. Bukan setakat itu sahaja, ia juga telah dianggap sebagai standard untuk sebuah game yang bagus. Brian Kwek juga telah memberikan komen mengenainya. Katanya:
“Triple A adalah seperti muka fokus utama atau permukaan game yang dilihat oleh orang ramai, pasukan indie dan game yang lebih niche mungkin tidak diliputi oleh sesetengah pembangun, yang mungkin mendapat kejayaan yang baik atau mendapat populariti hebat francais dan mereka mahu terus memberikan tumpuan lebih kepada game itu.”

Tambah Brian lagi, dia ada menyatakan bagaimana Stardew Valley menghidupkan semula genre simulasi pertanian sepanjang dekad yang lalu. Bercerita tentang reka bentuk pula, dia juga menyentuh bahawa game indie menimbulkan eksperimen dalam teknik untuk kedua-dua game design dan penceritaan.

Selain itu, dengan menggunakan media sosial dengan sepenuhnya, mampu memberikan pembangun untuk mencari komuniti mereka sendiri. Dengan ini, lebih mudah untuk ramai orang mengenali game indie yang sedang dibangunkan. Jadi tidaklah sia-sia bangunkan game yang sempurna tetapi tidak dikenali oleh pemain dalam pasaran.

Apa pula pendapat anda tentang game indie? Boleh kongsikannya bersama kami di ruangan komen. Lebih banyak lagi maklumat menarik yang anda boleh dapatkan daripada Gamescom Asia 2022. Jangan lupa ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan maklumat tersebut nanti.
@gamersantaimy
Discussion about this post