Call of Duty: Project Aurora merupakan projek di mana Activision ingin membangunkan satu lagi mobile game yang dikenali sebagai Warzone Mobile. Dalam bulan ini sahaja, kita boleh lihat banyak gameplay yang dibocorkan mengenai Warzone. Tetapi kali ini, terdapat satu video yang mendedahkan gameplay Warzone Mobile secara penuh dari awal sehingga akhir.
Kalau kita lihat pada video yang bocor sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti yang rendah dengan menampilkan grafik yang pecah dan tidak jelas. Kali ini, video tersebut mempunyai kualiti FHD (1080p) dengan 60FPS. Jadi, kita boleh lihat sangat jelas gameplay-nya yang sangat menarik.
as
Jika kita lihat pada video leaked tersebut, ia menunjukkan main menu dengan susunan UI yang sangat kemas dan sesuai kepada pemain mobile. Dalam masa yang sama, ianya nampak agak kosong kerana pelbagai ciri-ciri masih belum ditambah. Hal ini kerana mereka sedang menjalankan ujian untuk menguji gameplay yang belum dioptimumkan lagi.
Apa yang saya boleh katakan adalah gameplay yang ditampilkan dalam video tersebut adalah hampir sama seperti di versi konsol dan PC. Saya sangat teruja untuk melihat grafik yang berkualiti seperti ini di mobile. Sebelum memasuki game, pemain akan diturunkan di satu kawasan untuk berkumpul dengan pemain lain. Selepas masa tamat, pemain akan memasuki game dengan menaiki kapal terbang lalu terjun ke dalam peta.
Kali ini, kita dapat lihat pertarungan di dalam Gulag. Ia merupakan tempat untuk menguji pemain sama ada mereka layak untuk meneruskan pertarungan atau tidak selepas dibunuh oleh pemain lain di Warzone . Jika pemain menang dalam pertarungan Gulag, anda akan kembali bertarung dalam Warzone tetapi sebaliknya akan berlaku jika anda kalah.

Untuk pengetahuan korang, game ini masih dalam fasa pembangunan dan tidak akan keluar 100% sama seperti yang anda lihat sekarang. Jadi, berkemungkinan besar semua main menu dan gameplay yang ditampilkan sekarang akan diubah pada masa akan datang.
Jadi, apa pendapat anda tentang gameplay Warzone Mobile yang seakan sama dengan versi konsol dan PC menurut video yang dibocorkan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang Call of Duty daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post