Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game PS Plus Mei 2024 – EA Sports FC 24, Ghostrunner 2, Destiny 2: Lightfall, Tunic

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 2, 2024
in Artikel, Berita, DLC percuma, Game Percuma, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Game PS Plus Mei 2024 – EA Sports FC 24, Ghostrunner 2, Destiny 2: Lightfall, Tunic
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PlayStation Asia telah mendedahkan game bulanan percuma untuk PS Plus bagi Mei 2024. Tawaran kali ini adalah Destiny 2: Lightfall, EA Sports FC 24, Ghostrunner II, dan Tunic – yang bakal tersedia untuk ahli PS Plus pada hari Selasa, 7 Mei hingga 3 Jun 2024.

The PlayStation Plus Monthly Games for May are:

📷 EA Sports FC 24
📷📷 Ghostrunner 2
📷 Tunic
📷 Destiny 2: Lightfall pic.twitter.com/qvfSTwbK07

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) May 2, 2024

Destiny 2: Lightfall (PS5, PS4)

Expansion Destiny 2 ini membawa para Guardian ke Neptune untuk menemui metropolis neon. Temui Cloud Striders, sertai perjuangan menentang Shadow Legion, dan cegah kemusnahan di bandar rahsia Neomuna.

Lengkapi diri dengan ganjaran baharu dan buka kuasa Dark baharu dengan subkelas Strand. Setiap kelas boleh memanfaatkan elemen baharu ini, tetapi terpulang kepada anda untuk mencipta build yang sempurna.

Destiny 2 diperlukan untuk memainkan Destiny 2: Lightfall. Destiny 2 tersedia untuk dimuat turun tanpa kos tambahan di PlayStation Store.

EA Sports FC 24 Standard Edition (PS5, PS4) – Tersedia sehingga 17 Jun

EA Sports FC 24 menandakan permulaan kepada masa depan bola sepak. Dibina berdasarkan inovasi dan ketulenan, ini ialah pengalaman bola sepak paling tulen bersama pemain terbaik dari kelab, liga dan kejohanan terbesar di seluruh dunia.

Alami realisme dalam setiap perlawanan kerana tiga teknologi: HyperMotionV, PlayStyles yang dioptimumkan oleh Opta dan Frostbite Engine yang dipertingkatkan. Dengan lebih 19,000 pemain berlesen, 700 pasukan dan 30 liga termasuk Liga Juara-Juara UEFA lelaki dan wanita, EA Sports FC 24 membawakan keaslian tiada tandingan ke padang.

Ghostrunner II (PS5)

Harungi masa depan cyberpunk pasca-apokaliptik dalam game first-person mengasyikkan ini, bersama aksi pantas yang dipertingkatkan berbanding game pertama.

Seperti sebelum ini, ini adalah senario one-hit kill: bertarung melalui musuh tanpa menerima kecederaan. Tetapi dalam sekuel ini, terdapat banyak peningkatan pada pertempuran, level bukan linear dengan aspek motosikal yang kompleks dan mode baharu yang menarik.

Kemahiran baharu membolehkan anda menjadi lebih kreatif semasa menghadapi musuh… namun, musuh akan berkelakuan unik bergantung pada kemahiran yang digunakan pada mereka, lantas memberikan cabaran baharu pada setiap pertarungan.

Tunic (PS5, PS4)

Terokai dunia bahaya yang dipenuhi oleh hutan luas, runtuhan kuno dan labirin gelap dalam game pengembaraan isometrik ini.

Temui khazanah tersembunyi dan teknik rahsia untuk membantu anda dalam perjalanan. Bertembung dengan binatang besar dan musuh yang lebih kecil jauh di bawah bumi, tinggi di atas awan dan di tempat yang tidak dikenali. Semua akan menguji pengetahuan anda tentang pertempuran teknikal ketika anda mengelak, menyekat, menangkis dan menyerang untuk mengalahkan mereka.

Kumpulkan halaman manual yang hilang, yang penuh dengan petunjuk dan ilustrasi original yang berwarna.

Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps plus
ShareTweetSend
Previous Post

Infinix GT 20 Pro Kini Dijual Pada Harga RM1,299 – Smartphone Gaming Khas Esports!

Next Post

“JayH” Dituduh Match-Fixing Dalam Valorant Challengers MY/SG, Masih Digantung Walaupun Tiada Bukti

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
“JayH” Dituduh Match-Fixing Dalam Valorant Challengers MY/SG, Masih Digantung Walaupun Tiada Bukti

"JayH" Dituduh Match-Fixing Dalam Valorant Challengers MY/SG, Masih Digantung Walaupun Tiada Bukti

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd