Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile Digimon ReArise akan tamatkan servis pada April 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 22, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game mobile Digimon ReArise akan tamatkan servis pada April 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari semalam, Bandai Namco Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan servis bagi game mobile Digimon ReArise pada 21 April. Bersama pengumuman ini, mana-mana pembelian item dalam permainan juga telah dilumpuhkan.

Game ini pertama kali dilancarkan di Jepun pada Jun 2018 dan kemudian dilancarkan untuk pasaran global pada Oktober 2019. Dengan konsep RPG, sistem pertempuran Digimon ReArise adalah berdasarkan real-time combat, dengan pertempuran sehingga 5v5. Jika tidak berlawan, korang boleh berehat atau bermain dengan Digimon lain di DigiTown, di mana korang boleh membantu mereka berlatih dan evolve menjadi semakin kuat.

https://www.youtube.com/watch?v=BqFVoxw-sUA

Selain itu, ia mempunyai jalan cerita original yang mengisahkan tentang Digimon baru bernama Herissmon. Di dunia ini, sejenis ancaman baru bernama Spiral membuat kemunculan, dan memaksa kita (para Tamer) untuk membetulkan balik keadaan. Sepanjang jalan, korang akan menghadapi banyak rakan dan musuh yang bantu majukan jalan cerita.

Walaupun tidak ada banyak masa lagi, Bandai memaklumkan tentang beberapa acara akan datang supaya pemain boleh terus menikmati permainan seperti penambahan “Main Story Season 2 Final Act”. Ini merupakan epilog kepada kempen original ReArise di mana para Tamers akhirnya berhadapan semula dengan antagonis, Spiral Origin.

Untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Tamers yang telah bermain game ini sejak pelancaram, Bandai juga menyediakan bonus Login terakhir yang mengandungi 14 Final Summon Ticket! Tiket ini khas untuk event “Rainbow Summon” yang kini mempunyai summon rate setinggi 9.9% untuk unit istimema! Banyak Digimon hebat tidak kira lama, baru atau jenis Digimon Supercharged boleh didapati melalu banner ini.

Bagi sesiapa yang berminat, Digimon ReArise masih tersedia untuk peranti mobile Android dan iOS sehingga 21 April 2022. Buat masa sekarang, segala item dalam permainan masih boleh digunakan sehingga tarikh tersebut. Untuk segala liputan kami tentang Digimon, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: digimon reariseMobile
Previous Post

ATLUS mengumumkan Soul Hackers 2, game terbaru dari Shin Megami Tensei

Next Post

Logo Street Fighter 6 hanyalah “stok fotografi” – Capcom kena kecam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Logo Street Fighter 6 hanyalah “stok fotografi” – Capcom kena kecam

Logo Street Fighter 6 hanyalah "stok fotografi" - Capcom kena kecam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd