Sony PlayStation mengumumkan yang mereka telah memperoleh Savage Game Studios bagi membantu mereka dalam membangunkan game di mobile.

Ditubuhkan pada 2020 dan diketuai oleh saya sendiri dan rakan pengasas bersama Nadjim Adjir dan Michael McManus, Savage Game Studios lahir daripada pengalaman pembangunan mobile game kami selama bertahun-tahun yang merangkumi beberapa IP global yang berjaya secara besar-besaran.
Visi panduan kami ialah ruang kreatif di mana percubaan dan mengambil risiko tidak dielak dengan berhati-hati, tetapi diterima dengan penuh semangat. Kami semua telah bekerja di studio besar dan sementara kami menghormati kelebihan sumber yang mencukupi, kami mahu kekal kecil dan lincah supaya kami boleh membuat nama kami sendiri.
Menurut Michail Katoff

Bagi menjawab persoalan orang ramai, Michail Katkoff mengatakan yang mereka membuat perjanjian ini kerana mempercayai kepimpinan PlayStation Studio. Dia juga mengatakan yang PlayStation menghormati visi studionya.
Dengan usaha ini, mereka bersedia untuk memberikan lebih banyak cara untuk orang ramai mengetahui tentang kandungan yang direka oleh Savage Game Studio dan sekali gus mencapai orang baharu yang tidak biasa dengan PlayStation.

Savage Game Studios akan menyertai PlayStation Studio Mobile Division yang baru sahaja ditubuhkan. Mobile Division akan beroperasi secara berasingan daripada developer konsol dan akan memfokuskan kepada inovatif berdasarkan IP PlayStation baharu dan sedia ada.
Buat masa sekarang, Savage Game Studios sedang mengusahakan game action AAA di mobile dan tiada maklumat lanjut yang disertakan oleh mereka. Untuk pengetahuan korang, ini adalah kali pertama PlayStation mengumumkan yang mereka sedang berusaha untuk membangunkan game mobile berserta Mobile Division.
Apa pendapat korang tentang PlayStation Studio yang memperoleh Savage Game Studio untuk bangunkan game mobile? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post