Epic Games Store memulakan promosi misteri yang terdiri daripada permainan video terkenal yang tersedia untuk dimuat turun beserta Epic Mega Sale daripada 14 Mei hingga 11 Jun. Sejak itu, mereka telah menetapkan standard tinggi untuk giveaway percuma di seluruh dunia. Promosi misteri ini dimulakan pada 14 Mei dengan Grand Theft Auto V, diikuti oleh Sid Meier’s Civilization VI, dan baru-baru ini, Borderlands: The Handsome Collection.
Sepatutnya, tiada siapa yang tahu apakah senarai permainan video percuma, tetapi kebocoran pasti berlaku dan berdasarkan betapa tepat maklumat itu, saya pasti kita akan mendapat ARK: Survival Evolved pada 4 Jun sebagai permainan video misteri keempat.
Dengan pengakhiran Epic Mega Sale pada 11 Jun, masanya sangat tepat untuk permainan video percuma ke-5 dan terakhir iaitu Samurai Shodown NeoGeo Collection! Percuma selama seminggu bermula 11 Jun, Samurai Shodown Neo GeoCollection merangkumi enam permainan video berdasarkan siri pertempuran klasik Samurai Shodown dan versi lengkap Samurai Shodown V Perfect. Banyak game free nak tebus kan kawan-kawan? Jangan lupa tambah tarikh-tarikh di atas ya!
@gamersantaimy
Discussion about this post