Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Malaysia ‘Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale’ Akan Dilancarkan Pada 2027 Bersama Sokongan Bahasa Melayu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, Platformer, PS5, Steam, Tempatan, Xbox Series X|S
0 0
0
Game Malaysia ‘Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale’ Akan Dilancarkan Pada 2027 Bersama Sokongan Bahasa Melayu
Share on FacebookShare on Twitter

Studio Metronomik dari Malaysia (dikenali untuk game pengembaraan muzikal No Straight Roads) secara rasminya mengumumkan tajuk penuh bagi projek terbaru mereka, Ondeh Ondeh: Kaya’s Tasty Tale. Diterbitkan oleh Bandai Namco, game bergenre rhythm-action puzzle ini akan dikeluarkan pada tahun 2027.

Kisahnya tentang Kaya, seorang gadis cilik dalam usahanya untuk bergelar seorang “Worldbuilder”, demi mengikut jejak langkah ibu bapanya. Demi membuktikan kemampuannya, Kaya mengembara dunia fantasi Selera untuk mengejutkan para Gergasi dan melaksanakan Renewal Ritual bagi mengembalikan rasa enak dan tradisi dunia yang semakin pudar. Metronomik menyifatkan judul ini sebagai sebuah kisah coming-of-age yang penuh emosi, tema kekeluargaan, keberanian, dan proses mengenali diri sendiri.

Jika No Straight Roads sebelum ini memfokuskan aksi rock, Ondeh Ondeh pula membawa elemen muzik ke arah menyelesaikan puzzle persekitaran yang kreatif serta aksi platforming. Segala-galanya di dalam game ini bergerak mengikut rentak lagu, di mana kita menghayati ritma muzik untuk membuat lompatan jauh, mengaktifkan suis, dan meredah laluan mencabar. Dalam perjalanan, Kaya akan dilengkapi sebatang senduk kayu gergasi yang berfungsi sebagai alat menyelesaikan puzzle serta senjata untuk melawan musuh-musuh melucukan.

Sepanjang perjalanan, Kaya akan bekerjasama dengan makhluk comel berupa dadu dipanggil Ondeh. Makhluk-makhluk ini memiliki kebolehan fizikal dan elemen yang berbeza-beza. Dengan menggolekkan, menyusun, dan berinteraksi bersama Ondeh, pemain boleh mengubah bentuk persekitaran serta menyelesaikan spatial puzzle sebelum bertarung dalam boss-boss unik seperti Ibu Serigala dan Tanggaman.

Bagi pemain di Malaysia, apa yang membuatkan Ondeh Ondeh istimewa ialah cara ia mengangkat identiti budaya tempatan. Game ini turut hadir dengan sokongan Bahasa Melayu, lengkap bersama paparan menu dan sari kata.

Wan Hazmer selaku Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Game Metronomik meluahkan rasa terharu apabila melihat budaya tempatan ditonjolkan:

“Game kami Ondeh Ondeh: Kaya’s Tasty Tale dipaparkan dalam Nintendo Direct semalam! Lagu Rasa Sayang berkumandang dalam siaran langsung tersebut. Memang rasa susah dipercayai.

Saya amat berbangga dengan pasukan Metronomik dan rakan-rakan kerjasama kami. Dedikasi tanpa henti serta kreativiti mereka dalam menghidupkan budaya kita sentiasa memberi inspirasi. Terima kasih kepada Bandai Namco Entertainment Asia atas kepercayaan yang diberikan kepada kami, dan juga MDEC atas sokongan mereka.

Berkat bantuan mereka semua, saya akhirnya dapat menunjukkan karya ini melalui Nintendo Direct. Melihat komen dan maklum balas semua orang secara dalam talian amat bermakna buat saya. Banyak lagi yang bakal menyusul, nantikan perkembangan seterusnya!”

Ondeh Ondeh: Kaya’s Tasty Tale akan dilancarkan pada tahun 2027 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC melalui Steam, serta Nintendo Switch 2, secara fizikal dan digital.

Tags: Ondeh Ondeh: Kaya’s Tasty Tale
ShareTweetSend
Previous Post

Apple Masuki Era Peranti Boleh Lipat Menerusi iPhone Duo, Perkenalkan Siri iPhone 18 Pro – Harga Di Malaysia Bermula RM5,499

Next Post

Konami Umum Yu-Gi-Oh! TAG FORCE GX – Pakej Pre-Order Termasuk Kad Fizikal OCG Eksklusif

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Konami Umum Yu-Gi-Oh! TAG FORCE GX – Pakej Pre-Order Termasuk Kad Fizikal OCG Eksklusif

Konami Umum Yu-Gi-Oh! TAG FORCE GX - Pakej Pre-Order Termasuk Kad Fizikal OCG Eksklusif

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd